Pelakon Jasmin Hamid, 51, selamat menjalani pembedahan bariatrik di sebuah pusat perubatan, di sini.
Jasmin berkata, prosedur berkenaan tidak susah dan dia memilih untuk menjalani pembedahan itu kerana masalah yang dialami pada ulu hati.
"Selama ini saya dengar cerita orang saja. Itulah... Inilah. Tetapi apabila sudah buat sendiri baru tahu apa sebenarnya masalah yang ada dalam perut kita. Sebenarnya ada lubang besar dekat ulu hati saya.
"Patutlah selama ini kadang-kadang saya rasa senak perut, ingatkan angin tapi rupanya perut sudah masuk ke ulu hati. Doktor sudah selesaikan masalah saya itu... Alhamdulillah," katanya.
Jasmin berkata, dia bersyukur kerana prosedur pembedahan oleh Dr Mustafamt itu dipermudahkan.
"Saya yakin melakukannya kerana saranan rakan terdekat yang ada pengalaman. Terima kasih kepada sahabat baik saya, Zarina Zainuddin yang memperkenalkan saya dengan doktor itu. Juga kepada suami dan keluarga yang sentiasa bersama saya," katanya.
Pembedahan bariatrik yang dianggap sebagai pembedahan kosmetik kini semakin menjadi pilihan sebagai rawatan klinikal untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan atau obesiti.
0 Comments