JPJ jawab isu ini kenapa tiada gambar dan berbentuk kertas dilaminate?

JPJ jawab isu ini kenapa tiada gambar dan berbentuk kertas dilaminate?

 


Dunia teknologi semakin lama semakin canggih, jadi peralihan cukai jalan (LKM) dan lesen memandu (LMM) daripada fizikal secara rasminya akan bermula dalam bentuk digital selepas ini.


Namun isu ini telah mencetuskan perdebatan netizen kerana lesen memandu fizikal bentuk keras yang ada gambar muka selepas ini akan dibuat secara bentuk kertas dan Dilaminate tanpa gambar.


Netizen berpendapat, Lesen Memandu Malaysia (LMM) ini akan mudah diciplak dan ditiru oleh segelintir penjenayah jalanan bagi mengaburi mata penguatkuasa apabila gambar muka tidak lagi dipamerkan.




JPJ telah beri kenyataan kepada pemandu atau pemilik kenderaan yang masih belum bersedia dalam tempoh interim pendigitalan tahun 2024, anda masih boleh memilih LKM dan LMM secara bentuk fizikal.


JPJ Malaysia akan mengeluarkan LKM dan LMM fizikal berbentuk baharu dan diseragamkan untuk tujuan penyesuaian dalam tempoh interim. Kini, LKM fizikal merupakan dalam bentuk pelekat disk LKM dan LMM fizikal pula berbentuk kad plastik.


JPJ Umum Format Baharu untuk LKM dan LMM


Format baharu bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM) (atau lebih dikenali sebagai cukai jalan) dan juga Lesen Memandu Malaysia (LMM) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada awal tahun 2024. Perkara itu telah diumumkan bahawa mulai 1 Februari 2024, orang ramai boleh memperbaharui LKM dan lesen memandu menerusi aplikasi MyJPJ oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.



Akan dilaksanakan secara berfasa di mana pada peringkat permulaan hanya melibatkan kenderaan persendirian individu (warganegara) berkenaan urus niaga pembaharuan LKM melalui aplikasi MyJPJ.


Ianya adalah bagi memudahkan orang awam bagi memperbaharui LKM dan LMM secara digital, menjimatkan masa dan kos serta mengurangkan kesesakan urus niaga secara fizikal di kaunter-kaunter JPJ melalui pertambahan fungsi baharu aplikasi ini.


Semasa pembaharuan, rakyat boleh menikmati rebat sebanyak RM5 dalam mengalakkan penggunaan e-LMM bagi mereka yang memilih Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM).


Rakyat Masih Boleh Dapatkan Lesen Memandu Fizikal

Kepada pemandu dan pemilik kenderaan yang masih belum bersedia dalam tempoh interim pendigitalan tahun 2024, anda masih boleh memilih untuk LKM dan LMM secara bentuk fizikal.

Berdasarkan dapatan kajian dan analisa statistik sepanjang tahun 2023, Pihak JPJ mendapati bilangan pemandu dan pemilik yang memilih digitalisasi kini semakin meningkat.


JPJ Malaysia akan mengeluarkan LKM dan LMM fizikal berbentuk baharu dan diseragamkan untuk tujuan penyesuaian dalam tempoh interim. Kini, LKM fizikal merupakan dalam bentuk pelekat disk LKM dan LMM fizikal pula berbentuk kad plastik.


Kenali Jenis dan Bentuk Lesen Memandu Baru 2024



Pihak JPJ masih memberi ruang kepada rakyat untuk mendapatkan lesen memandu fizikal biarpun ada saranan untuk lebih mengutamakan penggunaan lesen digital. Berikut adalah merupakan bentuk baharu lesen memandu baru 2024.


Untuk pengeluaran LKM dan slip LMM fizikal adalah dalam bentuk kertas keselamatan sahaja.Slip LKM ini adalah tidak wajib dan bertujuan untuk memberi masa kepada mereka yang masih perlu menyesuaikan diri dengan sistem digital.


Untuk pengetahuan ramai, LKM yang baharu ini tidak perlu dilekat atau dipamerkan pada cermin kenderaan sepertimana di[peruntukkan oleh Seksyen 20 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 sebelum ini. Sebaliknya, ia disimpan mengikut kesesuaian orang ramai.


Lesen Kenderaan Motor Fizikal 2024




Lesen Kenderaan Memandu Malaysia Fizikal 2024




Berikut adalah merupakan jenis dan ciri lesen memandu baharu 2024:


  • Dalam bentuk kertas
  • Tidak mempunyai gambar
  • Mempunyai cop rasmi


Untuk mendapatkan jenis lesen memandu baru 2024 adalah hanya melalui pembaharuan lesen secara fizikal di kaunter JPJ atau kaunter lain.


Pihak JPJ juga menegaskan bahawa melalui Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah di bawahnya, JPJ akan membuat tindakan penguatkuasaan akan sentiasa dijalankan terhadap mana- mana pihak yang memandu kenderaan tanpa mempunyai LKM atau LMM yang sah.

Post a Comment

0 Comments