Kalau lemah jantung jangn cuba ke 8 tempat misteri di dunia ini

Kalau lemah jantung jangn cuba ke 8 tempat misteri di dunia ini

 


ORANG cakap jauh berjalan luas pandangan. Tapi, pernahkah anda terfikir untuk singgah ke tempat-tempat misteri dan menyeramkan di dunia?
Jika ya, anda memang berhati kental!
Setiap lokasi punyai cerita dan latar belakang sendiri. Tak salah untuk kita menambah sedikit ilmu tentang budaya dan kehidupan masyarakat dari negara luar.
Jadi, kami senaraikan 8 lokasi paling misteri dan menyeramkan seluruh dunia.
1. Pulau Boneka, Mexico
Kisahnya bermula apabila mayat seorang kanak-kanak perempuan yang lemas ditemui di kawasan tersebut.
Rohnya terus menghantui pulau itu dan penduduk kawasan sekitarnya terpaksa menggantung anak patung bagi menenteramkan roh kanak-kanak itu.
Menurut mereka, kepala anak patung di pulau itu akan berpusing dengan sendirinya dan adakalanya matanya akan terbuka dan tertutup dengan sendiri.



2. Tuol Sleng, Kemboja
Dahulunya tempat ini merupakan kawasan persekolahan yang dijadikan penjara.
Lebih kurang 20,000 orang telah diseksa dan dibunuh di tempat itu.
Sekarang, lokasi menyeramkan ini dijadikan muzium untuk anda lawati.




3. Pulau Hashima, Jepun
Pulau yang terletak berdekatan dengan Nagasaki ini pernah menjadi lokasi penggambaran filem Skyfall.
Ia ditinggalkan sejak Perang Dunia II dan dikatakan roh-roh tentera yang terkorban bergentayangan di kawasan pulau itu.




4. Lawang Sewu, Indonesia
Sering dikatakan menjadi lokasi paling menakutkan di Indonesia, Lawang Sewu terkenal dengan kisah roh tidak tenteram.
Antaranya kelibat hantu wanita Belanda, pontianak dan macam-macam lagi pernah dilihat di situ.



5. Taman Disney Terbengkalai, Florida, USA
Tidak dapat dipastikan mengapa dua buah taman Disney di Florida ini ditutup buat selama-lamanya.
Malah, ia dibiarkan terbengkalai dan penduduk tempatan memberitahu kawasan terbabit sangat mengerikan.




6. Poveglia, Itali
Pulau yang cantik ini punyai sejarah tersendiri yang menakutkan.
Difahamkan pulau ini pernah dijadikan tempat berlabuh kapal-kapal dagang suatu ketika dahulu.
Bagaimanapun, dua buah kapal yang singgah suatu ketika dahulu membawa wabak berbahaya hingga menyebabkan semua penduduk di situ meninggal dunia.



7. Pripyat, Ukrain
Ini sebuah kota yang terbengkalai. Semua penduduk telah dievakuasi sejak letupan nuklear Chernobyl pada tahun 1986.




8. Bukit Fraser, Malaysia
Tahu atau tidak, sebuah banglo di Bukit Fraser antara lokasi yang menyeramkan?
Sepasang suami isteri yang sedang berdepan pengalaman mencemaskan apabila isterinya hilang ketika malam pertama di sana.
Malah, suaminya juga diganggu oleh pelbagai kejadian aneh.


Namun, tidak disangka-sangka seorang wanita muncul yang mengaku dirinya isteri kepada lelaki berkenaan. Pelik!
Kisah misteri ini boleh disaksikan menerusi filem Misteri Dilaila yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zul Arifin dan Elizabeth Tan.

Post a Comment

0 Comments