Imram Bard pempengaruh media sosial telah menarik perhatian ramai melalui sebuah video yang dirakamnya. Menurutnya kerja di rumah bukan sahaja dikhususkan untuk perempuan tetapi lelaki juga patut mengetahui bagaimana cara menguruskan rumah.
Menurut Imran atau nama penuhnya Muhammad Al Imran Badaruddin, 22, beliau mempunyai adik-beradik lelaki yang ramai dan hanya seorang adik-beradik perempuan. Namun, Imran tidak kekok untuk menguruskan hal-hal rumah
Adik- beradik aku ramai lelaki , perempuan sorang je. Yang perempuan tu sudah tentu ikut suami. Kerja kat rumah ni memang aku lah yang buat.
Sampai mak cik-makcik datang rumah, kalau ada anak dah kahwinkan dah.. aku pun blushing
Sambungnya, Mak aku dari kecik memang dah ajar kami kemas rumah tak kisah kau jantan ka, kau perempuan. Kau jantan kau kena buat kerja perempuan juga. Esok bini engkau mengandung , bepantang sapa nak kemas rumah? Takkan kau nak biarkan rumah berselerak je?. kain bertimbun? takkan kau nak suruh bini kau yang dalam pantang tu lipat kain?
Kau jantan? kau lipat kain, Kau jantan? kau masak , itu mak aku. Tiada diskrimiansi , tiada beza-bezakan jantan dan perempuan. Jantan kena juga buat kerja perempuan ok.
Video:
0 Comments