“Kau ni haji (Eddy Badry), kau bawa orang pergi haji, umrah, kau cerita. Tetapi kau pergi menjahanamkan periuk nasi orang tu untuk apa? - Awie

“Kau ni haji (Eddy Badry), kau bawa orang pergi haji, umrah, kau cerita. Tetapi kau pergi menjahanamkan periuk nasi orang tu untuk apa? - Awie



Dato’ Awie atau Awie Wings membidas tindakan Eddy Badry yang terus berdegil menggunakan nama Real XPDC untuk meraih keuntungan daripada persembahan dengan lagu lagu XPDC.


Sebelum ini pengurus kumpulan rock XPDC KPY, Bro Yazid memberikan amaran kepada Real XPDC bahawa hanya ada 2 nama dibenarkan oleh Life Records untuk menggunakan nama XPDC iaitu XPDC Kita Peng Yu dan XPDC Militia.




Namun kenyataan itu dibidas Eddy Badry yang menyatakan bahawa dia berhak kerana XPDC dan Real XPDC adalah kumpulan yang diasaskannya.


Kemudian tampil pula Azmey yang mendakwa bahawa Real XPDC sudah lama berkubur kerana nama itu tidak dibenarkan sebelum ini dan terpaksa ditukar kepada Real X.


Azmey mendakwa, dia dan Mael adalah orang yang mengasaskan Real XPDC, dan menegaskan bahawa Real XPDC yang sebenar sudah tidak ada sambil meminta Eddy Badry menunjukkan dokumen bukti dia sebagai pengasas.


Eddy Badry membidas kenyataan itu dengan menyatakan dia ada segala bukti dan hanya akan menunjukkan jika diminta oleh mahkamah.


Freddie Fernandez, yang merupakan presiden Karyawan turut menegur Real XPDC agar menghormati hak cipta.


Kini giliran Awie Wings memberikan pandangannya. Dia hairan kenapa Haji Badry tidak mahu menggunakan huruf lain untuk dijadikan nama kumpulan.


Awie berkata: “Ada 27 abjad [*26 huruf] dari A sampai Z, kau pakailah macam macam huruf lagi ada. Yang kau nak rebut benda yang sama tu buat apa. Alamak! Sedihlah.”


Awie kesal kerana tindakan Real XPDC ini merosakkan industri seni tanah air dari dalam, pada ketika industri seni tempatan kita memang dah tenat.




Awie menambah: “Industri kita ni sebenarnya tenat. Nampak sahaja meriah. Namun apabila sudah masuk artis artis luar, jadi penyokong kita sudah pergi menyokong artis luar.


“Datang pula orang di dalam sini pula menghancurkan industri yang sudah tenat ini. Susah. Untuk apa ni?”


Awie simpati dengan dua lagi XPDC yang selama ini bekerja keras untuk cari makan. Namun Eddy Badry pula telah dianggap mengacau periuk nasi mereka.


Awie dengan tegas mengingatkan Eddy Badry bahawa dia seorang yang berpangkat haji. Namun kenapa dia bertindak menjahanamkan periuk nasi orang.


Awie berkata: “Saya sebenarnya tak nak campur masalah ini. Cuma saya nak beritahu kepada yang berebut tu. Untuk apa?


“Yang dua ni [XPDC KPY dan XPDC Militia] dah cukup, sedang bekerja, nak cari makan…


“Kau ni haji, kau bawa orang pergi haji, umrah, kau cerita. Tetapi kau pergi menjahanamkan periuk nasi orang tu untuk apa?


“Tak baguslah, kau bubuhlah nama kumpulan Stoking Hijau ke, Tempoyak ke, kau bubuhlah nama yang lain.


“Sedihlah, sepatutnya saya tak boleh campur, saya tak nak campur. Maaflah.


“Tetapi kekadang saya terfikir, apalah nak jadi, dahlah industri kita kecil.”


Awie percaya jika Eddy Badry menggunakan pengalamannya yang ada dan menubuhkan band baharu dengan identiti sendiri, dia mampu membentuk band yang bagus.


“Kalau dia letak nama lain, atas kapasiti pengalaman yang dia ada, kebolehan yang dia ada membentuk sebuah band sebelum ini, kau gunakan pengalaman ini dan tubuhkan band yang baru yang bagus.


“Pakai nama yang lebih solid. Janganlah kau tumpang nama band yang lepas lepas, dan mengaku kononnya kaulah pengasas, kau apa benda lah, salahlah!,” tegas Awie lagi.


“Benda ni nampak macam kebudak-budakan dan merosakannya.


“Ini kedua dua band ni, masing masing cari makan, mereka dah lama berusaha dan bekerja, sampai sekarang masih tak kaya kaya, lepas tu kau nak kacau lagi pula.”


Akhir sekali Awie meminta Eddy Badry berlapang dada dan menukar nama band.


Awie menutup bicaranya: “Saya cuma nak menasihati beliau agar mengucaplah, bersabar, pergi mengerjakan umrah ke, buat apa yang patut, tukar nama.


Video: 



@xpdc_official_kitapengyu #xpdc #maelxpdc🤟 #xpdckitapengyu #xpdckitapengyu🤟🤟🤟 #officialxpdckitapengyuxpdc #xpdcofficialkitapengyu #xpdckronologi #tributemaelxpdc ♬ original sound - XPDC KITA PENG YU 0FFICIAL


Kredit: Vocket


Artikel berkaitan: "Saya yang tubuhkan XPDC! Dan juga [tubuhkan] Real XPDC, Apa lu cerita?" - Eddy Badry bidas kenyataan Yazid XPDC KPY

Post a Comment

0 Comments