Sama juga saya tak risau tunang saya sana, tapi saya risau perempuan Segamat sana bukannya dapat tengok je mesti dia tergedik-gedik bagai
Komen tersebut telah dibalas oleh pengguna laman sosial lain katanya:
jaga-jaga kak, bila first time buat kat sana ramai yang keluar rumah
Syiera turut menjawab:
yang keluar rumah majoriti perempuan sana.. takpe kita tengok je dari jauh hahaha, cuma nak bagitau majoriti askar ni banyak dah berpunya tu jer
Kemudian turut di balas:
ye kebanyakan dari Segamat yang keluar hahaha yelah first time jumpa depan-depan. tu yang menggeletis, ye yang join semua milik orang
Komen tersebut telah mendapat perhatian khususnya daripada warga Segamat. Ia seakan-akan bermaksud gadis Segamat mempunyai akhlak yang rendah. Hal ini telah menimbulkan kemarahan ramai pihak, ramai netizen meminta Syiera memohon maaf.
Selepas tular, gadis tersebut telah memohon maaf atas kesilapannya kerana tidak berhati-hati ketika memberi komen di laman sosial. Syiera juga turut memohon kepada netizen supaya tidak melibatkan tunangnya dalam konflik yang tercetus ini.
Selpas memohon maaf, akaun Syiera di laman sosial telah dipadam. Diharapkan kejadian ini memberi pengajaran kepada semua pengguna media sosial di luar sana supaya dapat meninggalkan komen berhemah.
Kredit: Segamat Square
0 Comments