Kes susu anak campur dadah: Suami isteri didakwa

Kes susu anak campur dadah: Suami isteri didakwa


Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melakukan penganiayaan terhadap anak lelaki mereka dengan memberi air susu bercampur dadah merbahaya jenis Methamphetamine pada 19 Februari lalu.


Artikel berkaitan: Suami isteri bancuh susu bayi guna cecair syabu, bayi jadi aktif dan sukar dikawal


Tertuduh, Nabila Huda Fadli, 34, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh manakala suaminya, Sofian Mustapa Zain, 40, mengaku tidak bersalah.


Mengikut pertuduhan bersama, mereka didapati melakukan penganiayaan terhadap bayi lelaki berusia satu tahun empat bulan dengan memberi minum susu bercampur air yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine sehingga menyebabkan mangsa mengalami 'allegedsympathomimetic drug ingestion'.


Kesalahan dilakukan 19 Februari lalu kira-kira jam 6 petang di Blok F, Apartment Medan Jaya, Taman Medan, Petaling Jaya.


Pendakwaan mengikut Seksyen 31 (1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001 bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Post a Comment

0 Comments