Kisah benar ini ditulis oleh saudara Mimi Na Betengi. Seorang wanita suku asli yang sangat kaya dengan pengalaman mistik. Cerita ini sebelum Mimi dan keluarganya memeluk Islam. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua. Terima kasih kepada Mimi yang sudi berkongsi pengalaman berharga beliau.
"Kisah ini terjadi ketika aku usia 9 thn, ada seorg pemuda kg dlm usia hujung 20 an, dtg tergesa2 jmp abah yg sedang membuat bubu dgn Tok Penghulu.
Dia menceritakan bahawa ketika sedang menoreh sambil bergurau senda, ketika saat dia membetulkan kedudukan bekas ubat nyamuk yg terletak di pinggang, apabila dia mengangkat muka, kelihatan isterinya tiada pada pandangan mata. Ghaib. Lalu dia pun memanggil2 nama isteri nya berulang kali. Hampa. Beliau mencari2 di kawasan sekitar, tidak bersahut tidak berjumpa. Beliau mencarinya dari sebuah ladang ke sebuah ladang tidak ketemu. Pulang ke umah namun ternyata isterinya tidak kembali.
Slps 5 jam mencari, beliau mengadukan hal ini pd Tok Penghulu n dgn bantuan org kg mencari isteri beliau memandangkan hari sudah hampir senja. Slps mencari selama 3 hari, ada seseorg yg memberi cadangan agar meminta bantuan seorg dukun dr seorg asli yg tggl di kg berdekatan iaitu Batin Sembawah sbg jln terakhir. N ketemu lah beliau dgn abah sy pd hari itu bersama 5 lg org lain yg menemani.
Jwp abah, bawakanlah sekeping gambar n baju isteri beliau utk abah melihat di dalam pasu berisi air. (Mcm citer arwah P.Ramlee nujum pak belalang tu). Ketika melihat di dlm air abah diam n kata abah x mengapalah kamu pulang dulu nt sy pergi cari, klu ada rezeki, dia balik ke pangkuan kamu. Klu x de maka kamu haruslah terima bahawa jodoh kamu sampai sini sj.
Suami tersebut pun bertanya knp n adakah isteri beliau diculik bunian? Abah mengangguk. N jwp abah dia akn cuba bw kembali isteri pemuda itu ke sini dgn selamat, percayalah kpd beliau namun ditolak oleh pemuda itu. Dia sndr mahu membawa pulang isterinya di dpn mata n mmg mahu melihat sndr andai kata benar isteri nya berada disana.
Abah hy memandang pemuda tu dgn pandangan mata yg bimbang. Abah pun bersuara. Kata abah klu benar kamu mahu masuk ke sana, peganglah pada prinsip n syarat2 ini:
Plg utama, berpegang teguh pada niat asal:
1-jgn menyampuk ketika abah sedang berbincang atau berbual andai ase anda kurang bijak
2-jgn berckp atau mengeluarkan suara ketika mendgr mereka berkata2,
3-nyanyilah atau mengaji di dlm hati (utk mengalihkan perhatian dr terpukau dgn suara mereka) spt yg slalu kamu buat dlm agama kamu krn mendgr kata2 mereka akn membuatkan kamu khayal n hilang pertimbangan
4-jgn percaya dgn segala deria rasa yg kamu miliki, jgn percaya dgn apa yg kamu lihat dgn pandangan mata, jgn percaya dgn apa yg kamu hidu n bau, jgn percaya dgn apa yg kamu dgr, jgn percaya dgn apa yg kamu sentuh krn itu semua dusta n sihir utk memperdayakan kamu
5-jgn terima bulat2 walau apa shj tawaran yg mereka beri atau pelawa, jgn percaya apa yg ingin mereka berikan walau emas skalipun
7-berfikirlah dgn logik akal n kebijaksanaan, apabila berada disana anda haruslah menjadi seorg yg licik krn mereka sgt bijak dlm penipuan.
----------------------------------------
Smpi di gerbang, terletak di antara 2 pokok kemenyan berhampiran dgn ladang getah isteri pemuda tersebut hilang 4 hari yg lps, abah membaca mantera utk beberapa minit n kemudian abah meniup seruling pusaka abah. Bunyinya spt org bersiul. 1 x tiup. Dalam masa beberapa saat kabus mulai menebal, mereka ber 5 berdiri rapat2. Takut. 2x tiup. Langit waktu pagi yg cerah menjadi gelap seakan2 senja n matahari hampir terbenam (dunia kita). 3 x tiup. Disebalik kabus yg mula menghilang dihadapan mata kelihatan sebuah pintu pagar yg tinggi, hilang sudah pokok kemenyan yg terdapat di kiri n kanan tadi.
Abah menolak pintu pagar kayu tersebut n menunjukkan isyarat agar mereka yg 5 ikut serta. Mereka membulatkan mata x percaya dgn isyarat abah. Abah meninggalkan mereka yg berjln lmbt2 sambil menoleh kiri n kanan dlm keadaan takut n x percaya. Melalui denai itu kami berjln laju manakala mereka berlari2 ank mengejar kami dr blkg. Pemuda itu berty pd abah adakah betul denai 2 org berjln kiri n kanan yg kami yg lalui ni n abah menjawap, tidak kah kamu igt pesan aku? (tidak bersuara) Maka pemuda tersebut tros mendiamkan diri smbl melihat2 pemandangan sekitar yg kelihatan suram n sunyi sepi.
2 km berjln kaki, kami memasuki sebuah kg suasana dahulu kala. Bagi aku mundur. Dimana umhnya diperbuat dari kayu cengal berwarna gelap. Ada beranda n terdapat ramai 'manusia' berjln2 n melakukan aktiviti masing2. Mereka menoleh2 ke arah kami smbl tersenyum tersipu2 n menutup2 wajah mereka yg ayu dgn kain batik yg menjadi kelubung kepala mereka. Mereka ber 5 memandang ank2 gadis tersebut dgn ase terpukau termasuklah Tok Penghulu dgn kepala menoleh ke kanan manakala badan berjln didpn... Abahku menoleh ke blkg n mengatakan tidakkah kamu lupa pesan aku smlm? (jaga pandangan mata) Mereka tersentak dr khayalan n kembali berjln smbl menunduk.
Kami tiba di umh Ketua Kg, yg mana umah nya lebih besar n mewah dr umah yg lain. Abah melambai ke arah seorg lelaki yg melepak di atas beranda menghirup kopi panas. Kami dijemput naik n dihidangkan pisang goreng n dipelawa mkn. Aku yg dah biasa kena sekeh dgn abah ni hy mampu melihat ketua itu mkn dgn ase terliur sekali. Sbb pg td subuh lg kami dah bertolak, hy mkn keledek manis rebus suam yg mak beri je smbl berjln.
Baru shj pemuda tersebut hendak mengambil pisang goreng tersebut, abah dah memberi isyarat mata tanda jgn ambil. Maka terbantutlah niat pemuda tersebut. Ketua tersebut ketawa n kata ia, x pe amiklah byk lagi didapur, mkn sj jgn segan... Jwp abah, x mengapa kami sudah kenyang lain kali shj.
Ketua kg pun berty apa hajat dtg ke mari n dari manakah kami semua ini? Jwp abah kami dari kg sebelah hendak mencari seorg manusia yg hilang, jd ingin berty kalau2 ada nampak manusia yg hilang itu di perkampungan tuan hamba atau di kawasan sekitar, itulah hajat kami ke mari... Rasa2 hamba tidaklah pula hamba atau org2 hamba melihat manusia lain di kampung hamba, kerana.....jikalau mereka berjumpa, sudah pasti mereka memaklumkan hamba tentang hal ini n membawa manusia itu dtg menumpang disini.
Kalau begitu x mengapalah kami minta diri dulu kerana masih terdapat urusan lain yg mesti diuruskan, maaflah kerana kami telah mencuri masa tuan hamba, terima kasih juga kerana sudi melayan kami semua, ujar abah sambil bangun n turun dari tangga umh. Aku pun pantas mengikut abah bkn ape takut nt kena sekeh lagi sebaik sampai kat pintu gerbang mcm sblm ni.
Umur hamba mudah shj, x perlu brp ribu, sebaik shj lahir dikira 1, andai hamba meninggal dunia, dikira 2... Tiba2 ketua kg bersuara. Abah memandang tajam pd pemuda tersebut krn abah tahu soalan itu terdetik dr hati pemuda tersebut yg masih di atas beranda. Pemuda itu pun tergesa2 turun n memakai selipar. Ketua kg berdiri diatas beranda sambil memerhatikan kami.
Pemuda tersebut mula kelihatan gelisah n tidak tenteram, menandakan jiwanya telah diusik bermula saat dia terty2 brp usia ketua kg td... Dia lupa pesan abah menyuruh dia bernyanyi bg mengalihkan perhatian dr memikirkan sebarang kemusykilan. 1 kesilapan besar dimana dia menyibuk hal org lain n keluar dr niat sbnr dia...
Semasa kami menunggu seorg pak cik mengikat tali kasutnya, dtg seekor kambing merapat dgn pemuda tersebut n menggesek2kan kepala ia ke badan pemuda itu, kelihatan spt mahu bermanja. Pemuda tersebut menolak kepala kambing itu berkali2 namun tetap jua kambing tersebut ingin bermanja dgn beliau.
Tuan hamba ambillah n bwlah kambing itu pulang, blh juga menemani tuan hamba sehingga isteri tuan hamba ditemui, lagipun nampaknya kambing itu suka sekali sama tuan hamba, itu kambing kesayangan hamba selama ini yg dipelihara sejak ia kecil lg slps kematian ibu nya (kisah isteri pemuda itu). Hamba berikan sj kambing itu pada tuan hamba sbg hadiah pertemuan kita pada hari ini, lagipula kalian tergesa2 mahu pulang hinggakan belum sempat menjamu selera bersama keluarga hamba, merasa sedih sekali... Ujar ketua kg tersebut.
Pemuda yg merasa resah gelisah sedari tadi itu mula bersuara lantang. Aku dtg sini carik bini aku bkn nk bw blk kambing! Nk bw kambing ni blk jauh (nk g kat gerbang 2 km, nk g kat motor plak 9 km, nk blk umh abah 6 km) dah tu nt melambatkan sj, tp klu betol nk bg, sembelihlah bg kat aku paha sudahlah, cukuplah aku nk mkn sorg.
Abah kelihatan seperti memarahi pemuda itu n menjerit2 tp tiada suara yg kedengaran, spt bisu, hairan skali... Abah menolak2 n menghalau2 kambing itu pergi namun kambing itu x juga lari tapi kekal disisi pemuda tersebut. Kelihatan parang tercacak pada 1 tunggul kayu n pemuda tersebut mengambilnya n menarik kambing tanpa tali itu ke tepi umah ketua kg n menyembelihnya, sembelihan itu sgt mudah spt kambing itu rela utk disembelih.
Abah yg dari td pada mulanya berusaha utk menyelamatkan kambing itu diam terpaku spt batu tanpa suara n apa2 pergerakan. Abah menitiskan air mata nya pada saat pemuda tersebut mengelar leher kambing yg sedang baring itu, semakin lama semakin lebat n laju air mata abah mengalir keluar dr kelopak mata n jatuh berjujuran ke bwh dagu...
Selesai sembelih, pemuda itu mengagih2kan bahagian demi bahagian kepada 4 org lain lagi tp mereka menolak, pemuda itu pun mengambil 1 bahagian paha n dimasukkan ke dlm guni beras yg dianyam dr mengkuang yg diberi oleh ketua kg tersebut. Kami pun beransur pulang slps bersalam dgn ketua kg kecuali abah n aku. Sepanjang perjlnn blk melalui denai yg sama ketika tiba td, abah x berhenti mengeluarkan air mata smbl berjln laju di hadapan kami semua. Aku mendgr pemuda itu berkata n mengomel sendirian di blkg skali di blkg 4 org itu, org dah bg kita amik, rezeki jgn ditolak... Aku hy memandang beliau sinis krn membuat abahku menangis spt itu dlm sejarah hidup aku selama 9 thn hidup di dunia.
Sampai di gerbang kayu, abah berhenti n membaca mantera lalu meniup seruling pusaka itu dgn nafas panjang lebih kurang 30 saat... Bunyi seperti serombong kapal yg membingitkan telinga 5 org td krn mereka mgkn x sangka bunyi itu bertukar gema bising di alam sini.
Abah keluar dgn cpt dr pintu gerbang kayu yg sedia terbuka slps abah menolak dr luar pada saat ketika mula masuk ke alam sini td. 1 jam berjalan jauh dari gerbang, abah berjln laju skali, pemuda n 4 org td agak ketinggalan di blkg n berlari2 mengejar n pemuda itu katakan klu nk marah pun jgnlah tinggalkan mereka di dlm hutan ini, tunggulah sehingga sampai ke motor mereka... Abah mendgr kata2 pemuda tersebut n abah berhenti melangkah n menekan masuk tongkat kayu yg diperbuat dr kayu raja kayu n dibalut dgn rotan halus di atasnya setinggi 5 kaki itu ke dlm tanah tanda geram yg amat sgt.
Kamu bukak guni tu n kamu tgk apa yg ada kat dalamnya skrg. Abah memberi arahan dgn suara bersahaja. Aku tahu abah sedang menahan marah. Pemuda tu jwp, "ah nantilah kat umah sj, tadi aku pelawa kamu tidak mahu, diam membatu, disini baru kau nk minta plak." Aku suruh kamu bukak tu kamu bukaklah!!! Tgklah sndr apa yg kamu bawa dari sana!!! Suara abah seperti petir memetir syaitan. Maka pemuda tersebut yg ketakutan itupun menurunkan beg guni dr anyaman itu yg sbnrnya diperbuat dr guni baja komersil itu, entah bila tertukar menjadi guni biasa entahlah tidak pula diperhatikan.
Pemuda itu pun membuka guni putih itu dgn masih ase terkejut. Dia pun memasukkan tgnnya n mencapai bahagian paha yg dipotong nya keluar, alangkah terkejutnya beliau paha kambing yg disangkakannya sbnrnya adalah tangan kanan milik isteri beliau dr paras atas sedikit dr siku ke bawah. Disbbkan terkejut beliau tercampakkan tgn itu ke tanah n rebah sambil meraung kekesalan yg tidak berpenghujung.
Abah yg melihat tgn itu di atas tanah mengutipnya smbl bertanya kepada pemuda itu adakah benar tgn itu milik isterinya. Jwpn nya benar krn gelang emas yg dihadiahkan oleh beliau itu buktinya. Abah memarahi pemuda itu kerana tidak mendgr pesan beliau yg telah diulang berkali2 saat mula dtg dr umh hinggalah saat sblm seruling ditiup. Jwp abah tahukah kamu bahawa aku sangat sakit melihat n mendgr suara isteri kamu merayu2 sambil menangis supaya tidak disembelih, terasa seperti aku tidak berguna n x bermaruah... Geram mendengar suara syaitan yg ketawa girang tanda kemenangan saat kamu menyembelih isteri kamu yg kamu cari itu... Terasa dayus skali aku melihat kamu memotong2 bahagian tubuh isteri kamu yg kamu pikirkan blh menjadi hidangan.
Bukankah sudah aku larang kamu mengikut aku smlm tp kamu degil, n banggakah engkau kini kerana separuh dr ilmu yg aku kumpul selama ini ilang begitu sj disaat aku melarang kamu berbuat demikian sewaktu engkau berhajat hendak menyembelih isterimu... Sudahlah, x perlu lagi aku bicara sama kamu, hy menambah duka dihati yg x sape pun paham bagaimana asenya menjadi seorg yg dayus.
Abah memberi tgn itu kembali pada pemuda tersebut n melihat2 di kawasan sekeliling seolah2 mencari sesuatu n abah pun bersuara lantang, jika ada sesiapa di antara kamu semua yg sudi membantu aku menunjukkan jln kepada mereka, menapaklah ke sini munculkan diri, aku berjnj akn memberi mu mkn sbg upah membantu mereka, n apabila selesai urusan kamu menghantarkan mereka di tmpt mereka bermula (kat motor kat tepi jln masuk hutan di ladang getah, kami ank beranak x de motor lg masa tu hy berjln kaki), tuntutlah upah itu di umah ku nt.
Maka dtglah seekor ular tedung berwarna kuning seakan2 warna emas keluar dr semak smbl memanggungkan kepalanya n dtg laju ke arah abah menghampiri kami semua. Mereka yg ketakutan berdiri n bersembunyi di blkg abah. Lalu abah kata kan pada pemuda tersebut, sampai sini aku bersama kalian, pulanglah kalian dgn selamat n ular ini sbg panduan jalan. Berpisahlah kita disini n aku hrp agar tidak lagi aku bertemu kamu (pemuda). N menjerit2 lah mereka ketakutan apabila ditinggalkan bersama ular tedung sela sebesar lengan saiz org dewasa panjang 4 meter di blkg kami... Abah berjalan laju seperti berlari kurasakan krn aku tahu dia sedang marah. Aku menoleh ke blkg n melihat gelagat mereka yg masih berkumpul manakala ular tersebut memanggung menunggu mereka memulakan langkah...
---------------------------------------
3 mggu kemudian, dtg Tok Penghulu n seorg lg pak cik yg penah mengikut kami sblm ni berjumpa abah n meminta agar abah memberi belas ehsan memulihkan semangat pemuda tersebut yg sedang sakit terlantar namun ditolak oleh abah mentah2... Kata abah, seorg insan yg ego haruslah diajar begitu supaya dia tahu bila masa yg diperlukan utk menggunakan ego n bila masakah yg perlu utk membuang ego kita.
# seruling yg abah sy gunakan dlm kisah ini (seruling masuk ke alam bunian), n kini seruling ini diserahkan kpd sy, sekian.
Kredit: Mimi Na Betengi
0 Comments