Kisah seram misteri tiang 36, 10 dan 24 di bawah Jambatan Pulau Pinang

Kisah seram misteri tiang 36, 10 dan 24 di bawah Jambatan Pulau Pinang

 


Kisah 1


Aku selalu mancing seorang diri di bawah Jambatan Pulau Pinang untuk mencari rezeki dgn menjual hasil pancing. Jadi malam ini aku cerita sedikit kisah seram yang pernah aku alami 4 tahun yang lalu di bawah jambatan pulau pinang. 


Seingat aku pada hari Rabu tu aku turun mancing dengan seorang kawan sekampung.  Dia nak ikut aku mancing bawah jambatan tu. Katanya teringin nak makan ikan fresh.  Jadi haritu kami berdua turun mancing dan naik tapak Tiang 35 kerana targetku untuk dapat ikan besar. 


Lalu, Kami berdua bermalam di bawah jambatan dan memancing seperti biasa. Hari tu air laut agak keruh dan kurang sentapan ikan.  Hanya beberapa ekor ikan sahaja ikan gelama dan ikan duri yg makan umpan mancing. Target utama kami untuk dapatkan ikan senangin, kerapu, barracuda dan GT tetapi masih belum ada apa2 sentapan sehingga lah sampai larut malam masih lagi kekumpauan.  


Pada ketika itu kawanku mula merasa bosan memancing dan dia mahu berehat bersandar di tiang sebentar katanya. Aku teruskan memancing dan memasang umpan.  Ketika itu kawan ku hanya bermain telefon dan layan youtube sambil layan lagu sebab bosan. 


Tiba-tiba kawanku memasang lagu dgn kuat iaitu lagu ulik mayang mayang diulik sambil dia menyanyi. Aku pon buat tak tahu ja la dan malas nak tegur dia dan aku teruskan memancing seperti biasa sambil hisap rokok John Dblend. 


Elok je aku nak habis hisap rokok tu, kawan aku datang kepadaku dengan secara tiba2 dengan muka pucat dan cuak seperti orang ketakutan sambil pegang bahu aku dengan kuat. Aku pon terkejut dan kehairanan jugak kenapa dia jadi macamtu secara tiba2. Lantas kawan aku kata "Jom balik rumah sekarang woi,  aku takut sangat ni".


Aku pon terkejut kenapa tiba2 dia jadi kelam kabut kegelisahan ketakutan.  Aku tanya dia kenapa, ada apa yang tak kena ka? Dia hanya diam sahaja dan aku kata kt dia malam2 ni bot tak datang ambil,tunggu esok pagi baru bot dtg ambil pemancing. Lalu dia pon senyap dan mendiamkan diri membisu tanpa sepatah apa cakap sehinggalah awal keesokan pagi. 


Awal pagi tu, kami bersiap2 kemas barang pancing dan naik bot untuk pulang kerumah. Kawan aku masih mendiamkan diri seperti orang tengah trauma sehinggalah kami dalam perjalanan pulang menaiki kereta.  




Dalam kereta,  kawan aku mula ceritakan kejadian semalam kepadaku.  Dia kata masa dia tengah bosan tu dia layan la youtube dan tiba2 dia terpasang lagu ulik mayang tanpa tak disengaja dia turut menyanyi. Elok habis ja lagu tu secara tiba-tiba dia terdengar orang jerit meminta tolong lalu dia ambil lampu suluh dan menyuluh pada tiang sebelah lantas dia terpandang kelibat seorang wanita berselendang kuning duduk di sebelah tiang 36. Seingat kami tiada orang sebenarnya yg mancing kat tiang tu, kosong je. Elok je dia suluh arah tu,  kawan aku kata wanita berselendang kuning itu memandang tepat kearahnya lalu menjelir lidah.


Panjang sedepa dengan wajah yang buruk, bermata merah. Kemudian, wanita itu terus hilang secara tiba-tiba sehingga dia terbau wangian semerbak.


Sebenarnya masih lagi banyak kisah misteri yang pernah dialami oleh para kaki pancing di bawah jambatan pulau pinang.  Paling misteri yang aku susah untuk lupakan dan paling menyeramkan aku alami iaitu Misteri Tiang 24 kejadian pada tiga tahun lepas yang aku tak sanggup untuk menceritakan. Wallahu'alam


Kisah 2


Saya selalu memancing seorang diri di bawah jambatan pulau pinang . Kawasan ni sangat popular utk kaki pancing paling best mancing waktu malam untuk target ikan besar.. Ramai yang tahu tempat ni orang terjun bunuh diri.. Pengalaman saya 3 tahun lepas pernah melihat mayat hanyut terapung apung sebelah tiang Nombor 10 pada waktu jam 2.00 pagi.


Sekadar gambar hiasan


Masa tu tengah labuhkan joran..Nak buat panggilan kecemasan bateri telefon plak habis.. Hanya melihat mayat tu hanyut dibawa arus sehingga hilang dari pandangan.. Banyak pengalaman misteri yg diceritakan org ramai yg memancing disini.. Ada lagi kisah benar misteri yg pernah saya alami sendiri disini namun buat masa ni sy tak sanggup nk menceritakan iaitu kejadian Tiang nombor 24. Kadang cuba melupakan tp sentiasa terbayang dlm fikiran. 


* Kisah Tiang 24 tidak dapat diceritakan sebab melibatkan aib mangsa bunuh diri


Kredit: Pemburu Senangin





Post a Comment

0 Comments