Kementerian Kesihatan Malaysia atau KKM akan mempertimbangkan langkah menyediakan kawasan khas merokok khususnya bagi premis makanan kawasan sempit.
Menteri Kesihatan Dato Seri Dr Zulkifli Ahmad berkata, premis di kawasan sempit agak sukar bagi mematuhi jarak 3 meter untuk merokok yang dikuatkuasakan ketika ini.
Kata Dr Zulkifli kepada pemberita pada sesi perjumpaan meja bulat sempena program Tinjauan Mesra Premis Bersih Bebas Asap pada 17 Februari, pihaknya pasti akan pertimbangkan keperluan mengadakan tempat tertentu seperti negara maju lain iaitu Singapura, Jepun dan Hong Kong yang mana mereka mempunyai tempat yang diizinkan untuk merokok.
Mengulas lanjut, beliau berkata perkara itu bukanlah suatu langkah mengundur ke belakang sebaliknya bagi memastikan larangan merokok pada jarak 3 meter dari premis makanan dipatuhi.
Menurut beliau, pihaknya akan ambil pertimbangan yang serius supaya kawasan sempit seperti di Jalan Alor Bukit Bintang ada tempat khas untuk merokok.
Beliau berkata, justeru itu Program Tinjauan Mesra yang buat julung kali diadakan telah memilih Jalan Alor merupakan pusat tarikan pelancong dalam usahan memberi kefahaman sokongan dan pematuhan masyarakat terhadap usaha ini.
0 Comments