Konsert ED Sheeran tetap diteruskan walaupun ditentang mufti

Konsert ED Sheeran tetap diteruskan walaupun ditentang mufti



Baru-baru ini Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor memohon supaya kementerian menghormati pandangan mufti yang menyatakan hukum syarak sebelum menganjurkan acara hiburan.


Mufti Pulau Pinang menentang penganjuran konsert ED Sheeran kerana jelas penyanyi itu menyokong amalan seks songsang dan mengaku dirinya gay. 




Namun baru-baru ini, dalam sidang media Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil telah menjalaskan bahawa konsert ED Sheeran akan tetap berlangsung. 




Menurut beliau, 

untuk pengetahun semua, ada 16 agensi yang terlibat untuk memutuskan permohonan bagi mana-mana artis luar negara yang ingin membuat persembahan dan konsert di Malaysia iaitu PUSPAL. Dalam jawatankuasa PUSPAL salah satu agensi yang terlibat adalah JAKIM. 

Sambungnya,

saya yakin dan percaya, JAKIM  dan ahli jawatankuasa lain di dalam PUSPAL pastinya membuat saringan yang ketat dan teliti  terlebih dahulu sebelum meluluskan konsert tersebut.


Walau bagaimanapun, Kementerian mengambil maklum pandangan daripada mufti dan akan membuat penelitian semula sekiranya perlu diambil apa-apa tindakan. 

Kredit: Video Berita Harian

Artikel Berkaitan: 




Post a Comment

0 Comments