"Lepas ni jangan sekali-kali burukkan saya dan keluarga lagi, hutang dah langsai" - Ali Puteh

"Lepas ni jangan sekali-kali burukkan saya dan keluarga lagi, hutang dah langsai" - Ali Puteh

 




"Yang berhutang saya, jadi saya datang sendiri untuk bayar," kata pelawak Ali Puteh ketika mengulas pertemuan dengan bekas kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM75,486.48 termasuk faedah.


Menerusi video siaran langsung di aplikasi TikTok, Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, berkata semoga tiada lagi timbul sebarang dakwaan berkaitan urusan hutang berkenaan selepas ini.


"Saya harap dengan selesainya urusan hutang ini tiada lagi sebarang dakwaan yang timbul tentang perkara ini," katanya.


Dalam pertemuan itu, Ali berkata, dia juga menyerahkan surat akaun penerimaan berkaitan wang yang diserahkan kepada Hidayah yang turut ditandatangani bekas kakak iparnya itu.


Menurutnya, dia juga berharap Hidayah dan keluarganya tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengaibkan dirinya dan keluarga.


Katanya, ia juga termasuk memburukkannya dan keluarga di mana-mana platform media sosial atau sebarang video yang boleh mengaibkan.




"Saya berharap Hidayah dan keluarga dapat memberi kerjasama dan sekiranya ada perkara berbangkit, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya.


Terdahulu, Ali dilaporkan terpaksa menjual trofi kemenangan Raja Lawak,  kereta jenis Honda Accord dan motosikal RXZ merah miliknya bagi mengumpul wang untuk menjelaskan hutang kepada bekas kakak iparnya, Nor Hidayah.


Pada masa sama, dia juga turut menjual trofi kemenangan dalam program TV yang pernah disertai termasuk program Maharaja Lawak Mega.


Sebelum ini, Ali juga diperintahkan mahkamah untuk membayar ganti rugi selepas kalah dalam tuntutan saman fitnah difailkan Hidayah pada Mei 2020.


Kredit: BH Online

Artikel berkaitan: Ali Puteh tawar RM500 untuk dapatkan wanita yang kritik isterinya - "Laki ko bayar hutang kenapa ko nangis, ko jenis perempuan apa ni?


Artikel berkaitan: "Kalah kat dunia, akhirat belum tentu kan? Pergi tanya balu tu apa dia buat?" - Ali Puteh


Artikel berkaitan: Ali Puteh Dihentam Netizen Ketika Mengenang Pemergian Abam Bocey



Post a Comment

0 Comments