Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai kontroversi anak pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania didakwa berkahwin dengan lelaki bernama Aslam.
Susulan itu membabitkan Marissa itu, kisah Marissa ketika menuntut di Maahad Tahfiz As Sofa, Seremban, Negeri Sembilan menjadi bualan netizen di media sosial.
Menerusi perkongsian di X, seorang netizen berkongsikan Marissa merupakan pelajar perempuan pertama berjaya menghafal 160 bait Qasidah Burdah dalam tempoh empat hari pada tahun 2018.
Malah, media pernah melaporkan Marissa berjaya menghafal 6 juzuk Al-Quran dalam tempoh setahun ketika belajar di Maahad tersebut.
Terdahulu, kakak kepada isteri pertama Aslam iaitu Nadiah Mazlan mengesahkan adik iparnya itu sudah berkahwin dengan Marissa Dania di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.
Kredit: Rotikaya
0 Comments