Penyanyi Noh Salleh memberitahu anak angkatnya, Musa berada dalam keadaan gembira sepanjang dalam jagaannya serta menepis dakwaan kanak-kanak itu berdepan trauma.
Memetik Harian Metro, Noh mendakwa bekas isterinya tidak pernah menjaga Musa dan kanak-kanak itu lebih trauma di bawah jagaan Mizz Nina.
Hanya orang yang hebat jaga Musa sahaja yang boleh buat dia gembira. Selama tiga minggu dengan kami, bangun tidur dengan kita, dia sangat gembira.
Saya tidak pernah tengok muka Musa gembira seperti itu. Mana pergi traumanya? Kau (Nina) tak pernah jaga dia, tinggal pergi dating, Amerika Syarikat. Yang jaga Musa bibik. Trauma itu bawah jagaan dia, katanya.
Sementara itu, Noh berkata dia sanggup melakukan apa saja untuk melindungi anak angkatnya itu serta akan berjuang mengikut undang-undang.
Saya sanggup mati untuk melindungi Musa. Saya akan buat dengan cara yang baik, bukan dengan cara fitnah di media sosial. Tidak seperti mereka, tak tahu kenapa keluar kenyataan kata culik (Musa). Saya akan ikut undang-undang, saya tidak mahu rakus, katanya.
Dalam pada itu, Noh turut mempersoalkan tindakan Mizz Nina yang cuba memisahkannya dengan Musa malah tidak membenarkan anak angkatnya memanggilnya bapa.
Sebenarnya daripada awal lagi saya sudah rasa sebelum dia kahwin dengan lelaki itu (Essam), dia tak bagi Musa panggil saya bapa. Ketika itu dia sudah cuba putuskan hubungan saya dengan Musa. Dia sudah rancang sesuatu.
Hubungan anak dengan bapa ini, walaupun bukan anak kandung , saya kalau dah sayang, saya sanggup mati demi lindungi Musa,” katanya.
0 Comments