Wanita dikenali sebagai Nadiah Mazlan itu mededahkan secara ringkas, laporan media mengenai berita pernikahan itu adalah tepat.
"Ya betul (Marissa dan Aslam) nikah di Thailand. Cerita sama macam apa yang dihebahkan," jawapnya ringkas.
Terdahulu, berita pernikahan anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi itu heboh diperkatakan sejak petang tadi.
Marissa dan Aslam yang masih berstatus suami dan bapa kepada dua cahaya mata itu dikatakan melangsungkan pernikahan ketika isterinya, Misya Mazlan sedang menunaikan umrah.
Pada September lalu kecoh dalam media sosial apabila Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa.
Misya menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa didakwa menjadi penyebab utama dirinya diceraikan suaminya.
Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh idah.
Sementara itu, Marissa yang juga anak kedua daripada tiga beradik dilihat tidak lagi mengikuti ibu bapanya dalam laman sosial.
Bagaimanapun, hasil tinjauan mendapati Abby masih lagi mengikuti akaun Instagram Marissa, tetapi Norman sudah menyahikut akaun anaknya.
Kredit: Berita Harian
0 Comments