Hari ini (5 Februari), FamilyMart Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi menerusi media sosial rasmi mereka di Instagram @familymartmy di mana pihak mereka menjelaskan bahawa pada Mac 2023, Itochu Aviation (anak syarikat kepada Itochu Corporation) telah menandatangani Memorandom Persefahaman (MoU) dengan Nippon Aircraft Supply dan juga Elbit Systems.
Ia bertujuan untuk mengimport teknologi pertahanan ke Jepun atas dasar keselamatan negara Jepun.
MoU Ditamatkan
Walau bagaimanapun, FamilyMart Malaysia hari ini telah dimaklumkan bahawa Itochu Aviation akan menamatkan MoU tersebut.
“Keputusan ini dibuat bagi menyokong sokongan kerajaan Jepun terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice) baru-baru ini yang termasuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza,” tulis kenyataan berkenaan.
Mengulas lanjut, FamilyMart Malaysia menegaskan bahawa pihak mereka tidak menyokong keganasan atau pembunuhan. FamilyMart Malaysia juga tidak menyumbang ataupun menderma bahkan berurusan dengan Israel.
Untuk info, Itochu bersama kumpulan syarikatnya memiliki 50.1 peratus saham FamilyMart pada akhir bulan Februari 2020. Syarikat berkenaan juga telah mengumumkan bahawa mereka akan mengambil alih pemilikan penuh FamilyMart dengan kos pembelian kira-kira 580 bilion yen atau 5.4 bilion dolar AS.
Rakyat Jepun Seru Boikot FamilyMart
Terdahulu, rakyat Jepun telahpun menggesa orang ramai untuk memboikot kedai FamilyMart. Ia disebabkan oleh pemegang saham terbesar syarikat itu adalah Itochu Corp yang dikatakan masih bekerjasama dengan Israel.
Malah, seruan untuk memboikot FamilyMart juga telah diadakan di hadapan ibu pejabat syarikat penerbangan Itochu itu sendiri di mana foto-foto demonstrasi telah dimuat naik di media sosial oleh rakyat Jepun sendiri.
Netizen Malaysia menerusi media sosial juga dilihat mula meluahkan hasrat mereka untuk memboikot kedai serbaneka berkenaan selepas mengetahui tentang pemegangan saham tersebut.
Korang.
— Qayyum ๐ต๐ธ (@z_aqayy) February 2, 2024
Family mart pemegang saham terbesar dia Itochu Corp Japan.
Itochu Corp ada Itochu Aviation yg ada hubungan dengan Elbit Systems. Elbit Systems company weapon Israel.
Selamat jalan Family Mart. Rupanya antara penyumbang terbesar Isra*l
Ini adalah thread ๐งต kepada mereka yang tertanya-tanya kenapa masyarakat dunia menyeru boikot terhadap Family Mart (FM) pic.twitter.com/aRsOEwueKm
— KelimaKali (@Kalima6054) February 4, 2024
0 Comments