Penjawat awam dapat insentif RM2,000, dan pesara RM1000 mulai hari ini

Penjawat awam dapat insentif RM2,000, dan pesara RM1000 mulai hari ini


Semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan menerima Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000.


Pengumuman pembayaran tu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan di Putrajaya pada 6 Februari lalu.


"Turut disalurkan sebanyak RM1,000 kepada semua jawatan utama sektor awam membabitkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.


"Bayaran insentif RM1,000 turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen," kata Perdana Menteri pada majlis itu.

CopyAMP code




Anwar berkata, bayaran Insentif Awal itu akan dibayar sekali gus bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.


Kredit: Berita Harian 



Post a Comment

0 Comments