Polis tahan juruteknik selepas isteri, anak perempuan ditemui mati di Nilai

 


SEREMBAN: Polis menahan seorang juruteknik berusia lingkungan 30-an selepas isteri dan dua anak perempuannya ditemukan m*ti di sebuah rumah di Lenggeng, Nilai, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Abdul Malik Hasim berkata, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 1 pagi tadi selepas polis dimaklumkan mengenai penemuan tiga m*yat berkenaan.

Beliau berkata, Balai Polis Lenggeng menerima panggilan pada pukul 9.25 malam semalam daripada seorang lelaki yang memaklumkan seorang wanita dan dua kanak-kanak ditemui m*ti di sebuah kawasan perumahan.

Malik berkata, satu nota b*nuh diri turut ditemui di tempat kejadian.

M*yat mangsa dihantar ke bahagian forensik Hospital Tuanku Ja'afar untuk bedah siasat.

Juruteknik itu kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana memb*nuh bagi membantu siasatan polis.

Post a Comment

0 Comments