Penyanyi Datuk Jamal Abdillah mengejutkan ramai apabila membuat keputusan menarik diri dari bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang akan berlangsung pada Mac depan.
Memetik mStar Online, Jamal berkata dia membuat keputusan menarik diri sebulan lalu selepas mendapat tahu pihak penganjur menjual tiket kepada penonton.
Menurut Jamal lagi, beliau juga tidak berpuas hati apabila peserta bertanding secara percuma sedangkan penganjur mengaut keuntungan daripada jualan tiket dan mendapat tajaan.
“Saya juga sudah berbincang dengan syarikat penerbit lagu dan mereka juga seolah-olah tidak mahu keluarkan bayaran. Jadi saya rasa malas untuk berbincang lanjut dan lebih baik tarik diri.
Baca juga: Bintang bola sepak Jerman yang menyinar pada Piala Dunia 1990 meninggal dunia pada usia 63
“Saya juga ada tawaran persembahan di Sabah yang sudah diatur. Jadi buat masa sekrang saya lupakan terus tentang AJL38,” katanya.
Sementara itu, Jamal berkata jika dia tidak menarik diri perkara itu akan terus berlarutan dan nasib penyanyi generasi baru tidak akan terbela serta berharap ianya dapat membuka mata pihak produksi.
“Isu ini buka soal duit semata-mata, saya ada pendapatan lain juga. Tetapi apa yang saya lakukan ini untuk memperjuangkan nasib artis muda.
“Setidak-tidaknya keluarkanlah sedikit bayaran kerana produksi menjual tiket dan terima tajaan berjuta ringgit,” katanya.
Dalam pada itu, Jamal berkata artis baru mungkin tidak berani bersuara dan tidak kisah jika dirinya kena ‘ban’ daripada bertanding di masa akan datang kerana bukan mudah penyanyi untuk mencari rezeki.
Kredit: MStar
0 Comments