PU Riz titip ucapan romantis untuk kelahiran ke-35 Neelofa

PU Riz titip ucapan romantis untuk kelahiran ke-35 Neelofa

 



PENDAKWAH bebas Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 29, menyifatkan isterinya yang juga selebriti popular, Noor Neelofa sebagai figura terpenting dalam hidupnya.
Bersempena ulang tahun Neelofa yang ke-35 semalam, PU Riz memberikan kata-kata penuh romantis buat isterinya itu.


Menjadikan kenangan bersama sebagai sesuatu yang indah, PU Riz turut menghargai akan pengorbanan hos program Next To Neelofa itu sebagai isteri dan ibu kepada dua anak.


“Antara insan terpenting dalam hidupku. Ku ujarkan di sini, buat kenangan sepanjang 12 purnama.

“Beberapa tahun kebelakangan ini antara saksi mata ini melihat keikhlasan pengorbanan sang isteri.
“Daripada tanggungjawab sehinggalah jagaan anak-anak, dikaulah antara yang terhebat terpahat di hati, dan disyukuri setiap saatku melaluinya,” luahnya.



Dedikasi tersebut dititipkan PU Riz menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, pada Jumaat.
“Februari bertarikh 10 hari bulan, bukan sahaja tarikh penting buat dirimu akan tetapi kesyukuran buatku.
“Syukurnya Tuhan zahirkan insan solehah bersama melayari bahtera rumah tangga.



“Tidaklah ku harapkan apa-apa darimu cuma secebis doa cinta dan kasih sayang. Terima kasih melahirkan anak-anak kita.
“Memiliki ibu sepertimu adalah satu keuntungan buat mereka,” kongsinya lagi.



Malah, Neelofa turut memuat naik semula hantaran suaminya itu di Insta Stories yang dengan disertakan ucapan terima kasih.
“Terima kasih atas ucapan yang manis dan indah sayang,” balas Neelofa.
Untuk rekod, Haris mendirikan rumah tangga dengan Neelofa pada 27 Mac 2021

Kredit: Media Hiburan

Post a Comment

0 Comments