Penampilan pempengaruh media sosial, Norrean Iman sejak kebelakangan ini menjadi perhatian apabila dia memuat naik gambarnya mengenakan hijab.
Norreen yang berkongsi menerusi perkongsian di Insta Story, turut memberitahu, dia mula memadam gambarnya yang mendedahkan aurat di media sosial miliknya, termasuk memadam konten serta hal berkenaan kerja.
Kata pelakon itu, ianya kenangan bermakna buat dirinya apatah lagi gambar bersama anak-anak dan suami. Tambahnya lagi, dia menangis ketika memadam semua kenangan tersebut, namun tidak menyesal dengan keputusannya itu.
"Daripada 2,000 lebih menjadi 300 lebih hantaran. Banyak kenangan. Saya dan Razzi, anak-anak, kawan. Tak apalah simpan dalam hati jelah. Saya dah padam dan mengarkibkan sebahagian hantaran. Semua kenangan, konten dan kerja.
"Saya menangis masa buat ini sebab rindu tapi tak menyesal," jelas Norreen yang menerima komen netizen, dimana rata-ratanya mendoakan agar pelakon itu kekal istiqamah dalam berhijab.
Sementara itu, Norreen menerusi perkongsian di Insta Story, berkata, dia menerima mesej dan komen daripada netizen yang merasakan seolah kehilangan diri sebenar pelakon itu.
Malahan ramai pempengaruh dan artis turut mendoakannya.
Namun, ujar Norreen, dia masih orang yang sama tetapi hanya penampilannya sahaja yang berubah. Tuturnya lagi, dia mahu mengurangkan percakapan serta mengubah ke arah lebih baik.
"Siapa yang tak nak berubah jadi insan yang lebih baik untuk masa hadapan? Apa yang aku kena buat sekarang, aku kena kurangkan cara percakapan aku," katanya.
Akui Norreen lagi, dia menyatakan kesilapannya dimana apabila berjaya menurunkan berat badan, dia mempunyai persepsi untuk tampil terdedah untuk menyakinkan orang ramai.
"Sejak aku turunkan berat badan, aku ada satu persepsi, I should show more skin, so people will understand, people will see and believe yang aku betul-betul lose weight.
"Tapi aku silap, aku yang menggelabah. Aku yang macam is a reward for myself. Aku silap, tak perlu pun aku nak tunjuk beriya bagai, tunjuk perut, tunjuk bo0bies (dada)," ulasnya.
0 Comments