Ramai yang tak tahu sebenarnya mereka terkena sindrom Mad Hatter, kebanyakannya dalam kalangan wanita di Malaysia

Ramai yang tak tahu sebenarnya mereka terkena sindrom Mad Hatter, kebanyakannya dalam kalangan wanita di Malaysia

 


Mesti ramai yang menonton cerita Alice In Wonderland kan?
Tapi tahukah anda asal usul nama Mad Hatter?


Pada zaman dahulu di England, ramai pembuat topi dianggap sewel oleh masyarakat. Muka mereka pun putih selepuk yang pucat. Emosinya tak stabil dan pasang surut. Terlalu ramai yang sewel sehingga timbul satu pepatah 'as mad as hatter' atau bahasa melayunya ' gila umpama si pembuat topi'.




Lama doktor-doktor zaman itu mengkaji mengapa semua pembuat topi berperangai begitu dan mengalami simptom simptom yang sama.

Setelah diteliti, mereka mereka mempunyai satu persamaan iaitu menggunakan merkuri atau raksa. Zaman itu, mercury digunakan dengan meluas dalam pembuatan topi sebagai bahan untuk melembutkan kulit dan bulu binatang supaya ianya boleh dibentuk dengan cantik menjadi topi.

Mereka tidak tahu kesan jangka panjang mercury ini sehinggalah pembuat pembuat topi ini mengalami perubahan perubahan dalam tubuh mereka.

1. Kulit jadi putih selepuk
2. Tidak boleh berfikir dengan waras
3. Emosi yang tidak stabil
4. Tekanan perasaan, pemalu yang melampau
5. Susah untuk berinteraksi dengan orang
6. Rosak buah pinggang.


Merkuri ini kemuadiannya tidak lagi digunakan dalam pembuatan topi. Ianya telah diharamkan.

Apakah itu keracunan merkuri?

Merkuri ialah unsur kimia logam yang boleh menguap pada suhu tertentu. Jika merkuri masuk ke dalam badan kita (contohnya, dihidu) dengan kerap, ini boleh menyebabkan masalah kesihatan. Kenyataan ini disokong oleh penyelidikan dalam jurnal Annals of Occupational and Environmental Medicine yang mendedahkan bahawa merkuri boleh merosakkan otak dan paru-paru.


Merkuri merupakan racun untuk saraf. Sebabnya, pendedahan kepada merkuri boleh mengganggu prestasi sistem saraf sehingga membawa kepada psikosis dan halusinasi. Sementara itu, kajian dalam Journal of Environmental and Public Health menjelaskan beberapa bahagian badan lain yang juga boleh berisiko terjejas. Dengan pendedahan kepada merkuri, iaitu perut, kulit, buah pinggang, hati, tiroid, payudara, hati, otot, kelenjar adrenal, testis dan prostat.

Gejala

Gejala penyakit Mad Hatter bergantung pada tahap dan jenis pendedahan merkuri. Secara umum, keadaan ini dicirikan oleh gejala pendedahan yang agak berterusan. Pada peringkat awal gejala, seseorang mungkin mengalami beberapa gejala, termasuk:
  1. Batuk
  2. Cirit-birit
  3. Pening dan muntah
  4. Keradangan gusi (gingivitis)
  5. Ruam muncul pada kulit
  6. Peningkatan air liur

Sementara itu, gejala yang lebih teruk adalah:

  1. Insomnia
  2. Sakit kepala
  3. Kegelisahan dan kerengsaan
  4. Kehilangan jisim otot
  5. Timbul rasa malu yang melampau
  6. Masalah mental timbul
  7. Perubahan dalam mood, sensasi, ingatan, dan personaliti

Rawatan

Rawatan untuk keracunan merkuri melibatkan mencegah pendedahan selanjutnya. Ini biasanya dilakukan dengan mentadbir oksigen, cecair dan bronkodilator. Jika jumlah merkuri cukup tinggi dalam darah dan air kencing, doktor mungkin menetapkan ubat khas yang dikenali sebagai agen kelat, seperti penicillamine dan dimercaprol. Sesiapa yang merasakan mereka sedang berkembang gejala akibat pendedahan merkuri harus mendapatkan rawatan perubatan segera kepada doktor.


Dalam amalan diagnostik, doktor boleh menggunakan beberapa prosedur perubatan seperti ujian darah, X-ray, dan kajian toksikologi. Ini juga mengelakkan kemungkinan komplikasi yang boleh berlaku.Penyakit Mad Hatter merujuk kepada sekumpulan gejala neurologi akibat pendedahan kepada merkuri dalam jangka masa yang panjang. Pendedahan boleh datang dari persekitaran tempat kerja kepada makanan yang diambil.


Setelah memahami bahaya pendedahan merkuri, anda harus tetap berwaspada dalam memilih persekitaran kerja. Selain itu, pertimbangkan semula pengambilan makanan laut yang berpotensi mengandungi jumlah merkuri yang agak tinggi. Malahan, penggunaan merkuri di dalam bahan kecantikan dan kosmetik sangat berleluasa pada hari ini.

Penggunaan merkuri dalam produk kecantikan adalah untuk mempercepatkan pemutihan kulit. Seperti kulit Mad Hatter dalam Alice in Wonderland.






Ianya digunakan dengan tidak bertanggungjawab oleh founder produk yang nak cepat kaya. Mereka tidak peduli yang 10 tahun lagi anda jadi macam Mad Hatter? Mad Hatter Syndrome ini bukan sesuatu yang boleh dirawat dengan mudah. Sila berhati-hati dan jangan tertipu dengan rayuan founder yang nak cepat kaya.



Hati-hati semua!

Kredit: Dr Nur Ilyani Bujang






Post a Comment

0 Comments