Bapa Kental Hantar Anak Ke Sekolah Jalan Kaki 8KM Sehari.. Cikgu Dapat Tahu Terus Belikan Motor Baru Untuk Hantar Anak Ke Sekolah Dan Buat Grab!
Terima Kasih Cikgu menjadi teladan seluruh masyarakat 😢🤲🏼
Seorang guru pra perasan murid yang sampai ke sekolah setiap hari berpeluh-peluh. Sedangkan sebelum ini tak begitu.
Anak itu biasanya dihantar oleh kedua ibubapanya. Semua mereka berpeluh di awal pagi.
Setelah diselidik, rupanya mereka berjalan kaki dari rumah ke sekolah. Sekitar 2km juga jaraknya.
Motor si ayah kena tarik beberapa minggu lepas akibat tertunggak 4 bulan. Masa tu dia tengah buat job grab. Sumber pendapatan utama keluarga.
Lepas hantar barang, pergi tempat parking motor, motor hilang. Ada brader bagi surat tunggakan AEON beribu jumlahnya.
Terduduk si ayah. Motor kenderaan utama untuk cari makan kena tarik. Menung panjang jugalah.
Namun dia bapa yang bertanggungjawab. Motor tak ada, anak pula minat nak pergi sekolah, setiap hari dia teman anak dengan berjalan kaki.
2km pergi, 2km balik. Kemudian masa pulang kena jalan lagi 2km pergi, 2km balik. 8km ulang alik jalan kaki semata-mata untuk anak dapat ilmu.
Kelmarin, anak dia dapat Anugerah Cemerlang pra sekolah. Masa tu aku dikenalkan dengan si ayah yang tabah ini oleh guru pra.
Hari ini, Hari Orientasi Tahun 1 anak dia. Datang hantar anak bersama isterinya. Dengar taklimat dan tunggu sampai habis program.
Tak ramai ayah yang sanggup datang hari orientasi ni. Biasanya wakil kat ibu je. Ni dua-dua datang. Bagus semangat si ayah walau dia sendiri tak ada SPM.
Dia dari keluarga susah 10 orang adik-beradik. Terpaksa berkorban tinggalkan bangku persekolahan di Tingkatan 4 kerana keluarga kurang mampu.
Dan hari ini, dia masih berkata pada aku memang dia suka belajar. Dia dulu nak jadi cikgu. Namun nasib keluarganya tidak menyebelahi cita-citanya. Namun dia akan pastikan anak-anak dia dapat pendidikan sempurna.
Bagus sungguh semangat si ayah. Aku cukup suka orang seperti ini. Menjaga hak anak-anak dan pentingkan pelajaran.
Habis program tadi, aku suruh dia tunggu depan pagar sekolah. Aku hantar keluarga mereka pulang, sebaik dia nak turun aku tahan.
"Abang ikut saya. Kakak dan anak naik rumah lah".
Pelik si ayah. Namun dia patuh saja. Aku bawa ke kedai motor di Batu Caves.
"Bang. Nak motor mana?"
"Eh cikgu. Apa ni?"
"Pilih motor. Nak motor mana?"
"Cikgu nak belikan untuk saya ke?"
Aku angguk kepala. Bergenang terus mata dia. Dalam sebak dia berkata,
"Cikgu pilih yang mana-mana pun. Saya okey je".
"Abang la pilih. Abang yang nak guna".
"Eh tak cikgu. Saya tak mampu nak memilih. Apa yang cikgu pilih, saya terima saja".
Aku pertimbangkan 2 biji motor tadi. Satu Honda Dash tahun 2015, harga RM3100. Satu lagi motor baru, SM Sport, harga RM3600.
Seller syorkan SM Sport. Enjin ex5. Senang spare part dan murah. Lagi pun motor baru. Tak ada banyak masalah.
So kami proceed ambil SM Sport. InsyaAllah Selasa or Rabu ni setel la urusan JPJ dan boleh ambil motor.
Masa pulang tadi, berkali-kali dia ucap terima kasih.
"Cikgu. Saya tak tahu nak balas budi cikgu macamana. Saya doakan cikgu terus murah rezeki".
"Budi ini bukan untuk dibalas. Budi ini untuk abang kembalikan pada orang lain bila abang senang sikit di hari akan datang. Dan sumbangan ini bukan dari poket saya seorang. Doakan semua penyumbang ya".
"InsyaAllah cikgu. Terima kasih banyak-banyak".
Dan dia melangkah keluar kereta menuju ke rumahnya dengan pelbagai rasa.
Yang pasti, mesti dia tak sabar nak cerita kat anak isteri,
"Minggu depan kakak dah tak perlu pergi sekolah jalan kaki. Ayah hantar naik motor baru".
Mesti anak tersenyum gembira. Isteri hati berbunga. Satu masalah besar yang menimpa, satu bebanan berat yang mengusut kepala, satu punca pendapatan utama yang pudar sinarnya, kembali bercahaya.
Sebuah motor yang disyukuri dan InsyaAllah membantu menaikkan semula ekonomi keluarga ini.
Terus gigih usaha tanpa tinggalkan doa bang. Solat jangan tinggal. Buat baik pada sesiapa sahaja selalu.
InsyaAllah suatu masa nanti akan banyak kesenangan akan datang.
- Secebis kisah di kotaraya -
Sumber Asal: Cikgu Fadhli Salleh MFS
0 Comments