Penyanyi dan pelakon Marsha Milan yang sudah 10 tahun tinggal sebumbung dengan mentua itu meluahkan rasa syukur rezekinya dikurniakan ibu mentua yang baik dan memahami.
Akui Marsha, pada awalnya rasa kekok, namun sentiasa mengamalkan sikap bertimbang rasa serta mencipta persekitaran positif demi hubungan yang harmoni.
"Pada awalnya memang kekok, tetapi lama-lama nanti kita sendiri akan ada rasa tanggungjawab sebagai isteri dan menantu, perlu wujud sikap tolak-ansur dan terima perkara ini sebagai benda positif, jangan sesekali fikir negatif.
"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat sebab dapat ibu mentua yang sangat memahami, baik dan sempoi, rezeki saya. Sebenarnya semuanya datang dari diri sendiri, bagaimana kita menangani setiap situasi.
"Saya sebagai isteri tidaklah rasa diri bos dekat rumah, kita kena juga turun tolong dekat dapur dan sebagainya, pandai-pandai ambil hati, jangan berkurung dalam bilik sahaja," katanya.
Dalam pada itu, Marsha meluahkan rasa syukur dapat menjaga makan minum ibu mentuanya dan dia tidak pernah terlintas untuk duduk berasingan, meskipun sudah 10 tahun duduk bersama.
Untuk makluman, Marsha mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada tahun 2015.
0 Comments