Eddy Badry mengingatkan Bro Yazid bahawa dia ada hak kepada nama XPDC kerana dia adalah pengasas yang tubuhkan XPDC.
Semalam, pengurus XPDC Kita Peng Yu (XPDC KPY), Bro Yazid mengingatkan hanya ada dua kumpulan sahaja dibenarkan memakai nama XPDC, yang menjadi hak intelek Life Records.
Yazid menyatakan dua kumpulan itu adalah XPDC KPY dan XPDC Militia.
Dipetik dari Harian Metro, Yazid berkata: “Hanya ada dua kumpulan layak menggunakan nama XPDC iaitu XPDC Kita Peng Yu dan XPDC Militia dengan kebenaran syarikat rakaman Life Records.
Kenyataan ini sekaligus memberikan tamparan kepada satu lagi ‘XPDC’ iaitu Real XPDC yang seringkali mendendangkan lagu XPDC dalam showcase mereka.
Yazid melabel Real XPDC sebagai XPDC palsu atau band copy, adalah tidak layak menggunakan nama tersebut.
Lebih mengecewakan Yazid apabila band tiruan pun masih ramai yang mahu menyokong dan menyaksikan persembahan mereka.
Sambil membidas pihak penganjur yang tidak ada rasa bersalah menjemput Real XPDC untuk mengadakan persembahan.
Yazid menambah: “Band ‘copy’ pun orang nak tengok. Yang tukang anjur juga tak peduli. Mereka band XPDC palsu. Lanyak ‘show’ semacam saja.”
Yazid menganggap Real XPDC sebagai tak tahu malu menggunakan nama XPDC. Sedangkan tiada seorang pun anggota XPDC yang berada dalam band tersebut.
“Mereka dapat show kerana penganjur tawarkan. Dia main piang (hentam) saja. Saya anggap mereka tak tahu malu kerana anggotanya pun kita tak kenal.”
“Seorang anggota XPDC pun tiada. Mereka gunakan logo sewaktu arwah Mael ikat kontrak dua tahun dengan sebuah syarikat rakaman lain. Ketika itu mereka buat produksi sendiri Real XPDC Production [yang kini sudah tiada lagi].”
Respon Eddy Badry
Kenyataan Yazid itu membuatkan Eddy Badri yang merupakan pengurus Real XPDC, mengancam saman ke atas Yazid dan XPDC KPY jika beterusan mengganggu pergerakan Real XPDC.
Artikel berkaitan: “Kau ni haji (Eddy Badry), kau bawa orang pergi haji, umrah, kau cerita. Tetapi kau pergi menjahanamkan periuk nasi orang tu untuk apa? - Awie
Kemudian Eddy Badry melabel Yazid sebagai kaki temberang.
“Itu bukan Life Records cakap, itu bro Yazid yang cakap. Dia bukan boleh buat apa pun, temberang je lebih,” tegas Eddy Badry.
“Sewaktu kita pernah ada masalah antara saya dengan Kita Peng Yu, kita ada masalah dengan XPDC Militia. Sebenarnya saya tiada masalah pun [dengan Militia], cuma mereka sahaja [KPY yang ada masalah dengan Militia].
“Kerana mereka kalau boleh nak monopoli, mahu hanya ada satu sahaja XPDC iaitu XPDC Kita Peng Yu.
“Jadi apa yang berlaku, saya ada dalam satu pertemuan dengan Life Records.
“Dan Life Records tak benarkan [tak setuju usaha KPY mahu satu sahaja XPDC iaitu XPDC Kita Peng Yu]. Sebab Life Records berpendapat bahawa Izo pun berhak pakai nama XPDC.
“Tengoklah ya, Life Records sangat prihatin terdapat benda ini. Begitu juga dengan saya. Saya berhubung juga dengan Life Records.
“Jadi apa masalahnya? Janganlah menggelepar, ok brader ? Kamu dah kuat macam tu pun nak takut dengan orang yang kecil macam kita [Real XPDC].
Eddy Badry kemudian mengingatkan Yazid bahawa dia yang tubuhkan XPDC maka dia tidak boleh dianggap tiada kaitan dengan nama XPDC.
Eddy menambah: “Real XPDC kecil je, dan benda ni kamu kata kononnya kita tidak ada kena mengena.
“Apa pula tidak ada kena mengena? Saya yang tubuhkan XPDC! Dan juga [tubuhkan] Real XPDC. Apa lu cerita?
“Yang kamu cakap saya tidak ada kena mengena, apa pula? Saya yang tubuhkan kumpulan itu. Dan hari ini saya nak hidupkan kembali band yang saya pernah tubuhkan pada 1997.
“Dahlah, saya tak nak cakap pasal mereka, buang masa,” tegas Eddy Badry menerusi reels di akaun rasmi Facebook beliau.
Kredit: BH Online
Artikel berkaitan: “Kau ni haji (Eddy Badry), kau bawa orang pergi haji, umrah, kau cerita. Tetapi kau pergi menjahanamkan periuk nasi orang tu untuk apa? - Awie
0 Comments