"Selepas 33 tahun akhirnya Mahkamah Persekutuan putuskan pemb*nuh penyanyi Along Spoon.."

"Selepas 33 tahun akhirnya Mahkamah Persekutuan putuskan pemb*nuh penyanyi Along Spoon.."

 


Detik hitam dan menggemparkan industri tanah air pada tahun 1999 bertarikh 25 Disember, penyanyi Along Spoon atau nama penuh Sabi’ul Malik Shafiee dilaporkan hilang.


Namun semuanya terbongkar selepas dua minggu, hasil penemuan rangka manusia dipercayai milik Along Spoon di lereng bukit berdekatan Jalan Kuala Klawang - Genting Peras Jelebu, seorang polis berpangkat lans koperal telah ditahan kerana disyaki memb*nuh penyanyi yang dilaporkan hilang itu.


Ringkasan kronologi pemb*nuhan penyanyi Along Spoon

  • 25 Disember 1999 – Along Spoon berusia 19 tahun dilaporan hilang.
  • 6 Januari 2000 – Selepas 10 hari hilang, pihak polis menemui mayat mangsa dalam sekarung guni di lereng bukit di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembilan.
  • 7 Januari 2000 – Seorang anggota polis, Lans Koperal Mohamed Ya’cob ditahan kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan Along Spoon.
  • 19 Januari 2000 – Suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh mangsa.
  • 10 April 2002 – Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhi hukuman mati selepas mendapati suspek bersalah sepenuhnya dalam kejadian pembunuhan ini.
  • 29 September 2009 – Suspek membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan hukuman mati terhadapnya.
  • 2 November 2010 – Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan hukuman mati ke atas suspek yang diputuskan oleh Mahkamah Seremban pada 10 April 2002.



16 November 2023 tarikh pembebasan Mohd Ya'cob Demyati selepas 33 tahun


Perkara itu disahkan oleh peguam Mohd Ya'cob, Che Muji Che Noh, anak guam saya berkelakuan baik itu terdapat dalam proses rayuan, faktor mahkamah ambil kira berhubung hukuman.


" Dia bebas pada 16 November 2023 cukup 33 tahun dari tarikh 4 Januari 2000, satu pertiga daripada cuti dan lain-lain bermakna dia menjalani hukuman penjara 33 tahun," katanya hari ini.


Pada awalnya Mohd Ya'cob Demyati terlepas hukuman mati atau penjara sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan meminda kepada penjara 33 tahun.


Pada prosiding itu, panel lima hakim menggantikan pemenjaraan sepanjang hayat terhadap Mohd Ya'cob atas pertuduhan membunuh Along atau nama sebenarnya Sabi'ul Malik Shafie dan menggantikannya dengan hukuman penjara selama 33 tahun bermula dari tarikh tangkap pada 4 Januari 2000.


Terdahulu seramai 12 termasuk Mohd Ya'cob terlepas daripada hukuman mati atau penjara sepanjang hayat selepas mahkamah tertinggi itu menukarkannya kepada penjara 30 tahun dan ke atas serta sebatan.


Lima hakim memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan semakan mereka.


Dalam prosiding, Che Muji memohon panel hakim supaya hanya mengenakan hukuman penjara minimum 30 tahun bermula dari tarikh tangkap.


Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nahrah Dolah memohon hukuman penjara dikenakan terhadap pemohon (Mohd Ya'cob) tidak kurang dari 35 tahun, atas kekejaman dilakukan menyaksikan si mati dijerut lehernya dan dicampak ke gaung.


"Mayat dan kaki juga diikat dengan tidak berpakaian. Sebelum dibunuh, si mati dipukul di dalam kereta dan ditinggalkan mayatnya pada tengah malam di tempat gelap dan motif pembunuhan kerana cemburu yang mana si mati dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan isteri pemohon," katanya.


Mohd Ya'cob sebelum ini diperintah menjalani hukuman mati namun ia diringankan kepada penjara sepanjang hayat selepas Lembaga Pengampunan membenarkan petisyen rayuannya.


Bagaimanapun, Mohd Ya'acob terlepas daripada hukuman sebatan atas faktor usia kerana berumur lebih 50 tahun.


Pada 10 April 2002, Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhi hukuman mati selepas mendapati dia bersalah sepenuhnya dalam kejadian pembunuhan itu.


Mohamed Ya'cob antara 12 daripada 13 banduan terlepas daripada hukuman mati atau penjara sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan menukarkannya kepada penjara 30 tahun dan ke atas manakala banduan lain turut dikenakan hukuman 12 sebatan.


Dia dituduh membunuh Sabi'ul Malik yang ketika itu berusia 19 tahun di tepi jalan di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 26 Disember 1999.


Allahyarham Along yang popular dengan lagu Rindu Serindu Rindunya dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999.


Polis kemudian menjumpai rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000.


Menerusi maklumat di Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia, maksud banduan sepanjang hayat ialah banduan yang menjalani hukuman sepanjang hayat dan tiada tarikh pembebasan, kecuali mendapat pengampunan Yang di Pertuan Agong atau Sultan atau Yang di Pertua Negeri di mana kesalahan tersebut dilakukan.


Sementara hukuman seumur hidup ialah banduan perlu menjalani hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun.

Post a Comment

0 Comments