Siapakah Haji Taib? Mengapa namanya tak setanding Yap Ah Loy?

Siapakah Haji Taib? Mengapa namanya tak setanding Yap Ah Loy?



Selalu kita dengar nama Lorong Haji Taib.  Anda kenal tak siapa Tuan Haji Taib sebenarnya? 


Tak tahu? Mari kita kenal siapa Tuan Haji Taib sebenarnya. Umumnya, rakyat Malaysia mengetahui Lorong Haji Taib adalah sebagai pusat pelacuran dan aktiviti kemaksiatan. Walhal Haji Taib  memang tiada kaitan lansung dengan aktiviti-aktiviti yang berlaku dekat lorong tu. 


Haji Taib ialah orang yang banyak berjasa di Kuala Lumpur, tapi namanya dah tercemar dek kerana aktiviti-aktiviti tak sihat yang ada di situ. Jadi, siapa sebenarya individu disebalik nama lorong Haji Taib yang terkenal ini? 




Kalau nak tahu, Haji Taib atau nama sebenar beliau adalah  Haji Momamed Thaib bin Haji Abdul Samad ialah orang kaya Kuala Lumpur. Pedagang berdarah Minangkabau ini mempunyai  banyak hartanah, bangunan dan juga lombong bijih timah. Walaupun punya banyak harta, namun Haji Taib tidak pernah mengabaikan didikan agama untuk anak-anaknya. 





Salah seorang anaknya, Othman, yang berdarah Minangkabau-Melaka telah dihantar ke Mekah untuk mengaji agama di sana. Hasilnya, Othman telah menggerakkan sebuah persatuan untuk orang Melayu dan Indonesia di Univerisiti Al-Azhar, Mesir yang menerbitkan majalah Seruan Azhar sebagai menjadi medium untuk menyedarkan orang Melayu untuk menentang British. 


Kawasan Chow Kit dengan Kampung Baru ialah kawasan yang dibangun oleh Haji Taib. Disebabkan oleh jasa dan sumbangan Haji Taib inilah nama beliau diabdikan sebagai Lorong Haji Taib.




Beliau meninggal dunia pada tahun 1925, legasi perniagaan Haji Taib diteruskan oleh 10 orang anak beliau yang juga mahir dalam perniagaan sehingga membuka beberapa cawangan perniagaan di negeri kelahiran bapanya di Sumatera.


Tempat Kegiatan Pelacuran


Lorong Haji Taib telah dihitamkan dengan kegiatan pelacuran. Mak nyah ramai bersidai di kaki lima kedai berdekatan tangga di lorong itu, menunggu pelanggan lelaki mata keranjang yang dahagakan perkhidmatan mereka.


Bermodalkan pakaian mencolok mata yang mendedahkan 'aset' mereka, lagaknya cuba menggoda sesiapa yang lalu di lorong gelap dengan hanya dilimpahi samar-samar lampu jalan.


Hasil perbualan ringkas dari celah jeriji besi, seorang daripada mereka menawarkan khidmat urutan dan layanan seks dengan kos upah hanya RM50.




RM50 saja, urut dengan main. Nak urut saja, abang cari perempuan. Kami perempuan juga tapi kami buat semua, jawab seorang daripada mereka disambut ketawa daripada mak nyah lain di atas tangga.


Lorong Haji Taib pernah popular dengan aktiviti pelacuran dan mak nyah yang begitu meriah pada era 1990-an sehingga menjadi satu lokasi yang gerun dilawati.


Dahulu, hampir setiap tangga rumah kedai di lorong ini ada mak nyah berlonggok dan menahan sesiapa saja lelaki yang lalu, menggoda untuk menggunakan perkhidmatan mereka.


Malah, ketika itu masyarakat di ibu kota tahu aktiviti di lorong itu sehinggakan ada yang sekadar datang menonton gelagat mereka yang tanpa segan silu menawarkan 'perkhidmatan'.


Namun, selepas fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dikatakan lorong itu bersih, ditambah dengan kewujudan Balai Polis Chow Kit menggantikan pondok polis kecil yang ada sejak sekian lama.


Memang benar Lorong Haji Taib semakin bersih dan tidak semeriah dulu, namun aktiviti tidak bermoral itu masih ada dan terus menjadi nanah.



Landskap Lorong Haji Taib Kian Berubah


Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Salleh, 42, berkata landskap kawasan itu sudah berubah berbanding dikenali sebelum ini bersesuaian dengan peredaran zaman.


Dulu tempat ini (Lorong Haji Taib) orang label sebagai sarang pelacuran ibu kota, namun kegiatan itu sudah makin berkurangan.


Sekarang, kawasan ini nampak lebih 'hidup' dengan aktiviti lain terutama perniagaan termasuk restoran, kedai runcit dan lain-lain, katanya.


Pelanggan sebuah kedai makan yang mahu dikenali sebagai Ramli, 32, berkata dia tidak rasa malu untuk keluar makan bersama rakan di kawasan terbabit kerana keadaan sudah berbeza.


Ada tempat makan di kawasan ini menyediakan sajian yang sedap, jadi saya tidak kisah datang sini untuk keluar makan bersama rakan.


Selain itu, kami boleh berjalan di sekitar pasar malam Chow Kit untuk membeli barang. Jadi, tidak timbul isu orang datang ke kawasan ini kerana aktiviti tidak bermoral (pelacuran)," katanya.


Sementara itu, tinjauan Harian Metro di sekitar lokasi berkenaan mendapati kebanyakan premis ditutup dan kawasan kaki lima sepi.

 

 


Meskipun keadaan di kawasan itu agak lengang, namun terdapat beberapa gerai kecil serta restoran yang menjalankan operasi perniagaan.


Stigma masyarakat Malaysia perlu dibetulkan. Nama baik yang banyak jasanya ini telah dihitamkan dan dilacurkan oleh aktiviti-aktiviti yang terlarang. Hasilnya orang Malaysia hanya kenal nama Haji Taib dengan benda yang tak elok. Hal ini kita kena ubah kembali. 


Haji Taib antara sosok penting yang turut mempunyai pengaruh besar dalam membangunkan Kuala Lumpur, bukan sahaja Yap Ah Loy. Tak wajar langsung orang yang banyak berjasa bangunkan Kuala Lumpur dipahatkan dalam minda dengan benda yang tak elok. 


Kredit: Harian Metro, BH Online, Demi Malaiu,  Sahih 



Post a Comment

0 Comments