Stesen minyak di Salor, Kelantan ini sememangnya menjadi buah mulut orang ramai akan keseramannya

Stesen minyak di Salor, Kelantan ini sememangnya menjadi buah mulut orang ramai akan keseramannya


Ramai netizen telah berkongsi pengalaman mereka di stesen minyak Salor di negeri Kelantan. Tak hairanlah stesen minyak ini menjadi buah mulut orang ramai yang melalui kawasan tersebut. Terutama orang luar yang tidak mengetahui bahawa stesen minyak ini sudah lama tidak beroperasi. Di sini admin kongsikan salah seorang pengguna jalan raya yang terpilih untuk di uji dengan dunia alam ghaib.


Humm , harini baru berkesempatan aku nak menaip panjang lebar ni . Pengalaman ni datang dari sahabat aku sendiri . Sebelum tu aku dah selidik pasal kesahihan cerita ni sama ada betul atau tidak apa yang dikata kan oleh orang-orang yang pernah kena dekat tempat tu . Dan banyak yang telah pegi buat paranormal dekat situ.


Orang luar dari kawasan yang mana masih tak tahu lagi , bahawa Caltex yang terletak di Kelantan laluan salor - pasir mas ni tutup lama dah . Dulu waktu 2014-2015 aku pun sering singgah sini . Lepas aku berpindah keluar dari kelantan , aku pun tak tahu yang caltex salor ni dah lama tutup .


Caltex ni terletak betul-betul tepi jalan besar . Bila , tutup pun ramai yang tak pasti , tiba-tiba tengok dah tak beroperasi lama dah. Aku pun baru tahu bahawa caltex ni ditutup mybe ada sebab-sebab tertentu tu aku tak pasti . Ramai tertanya-tanya 'Kenapa ?' .


Gambar ni aku ambil dalam facebook juga ( pinjam ya ). Okeh , pada 10/8/2019 kejadian ni berlaku . Mana waktu tu aku dari jeli hendak ke pengkalan chepa sebab ada rombongan sepupu aku berkhawin . Betolak pagi macam biasa la kan orang rombongan . Selepas selesai majlis nikah sepupu aku .




Aku dengan suami dan sorang lagi sepupu aku berhajat nak balik malam sikit (naik kereta sekali) . Yelah , dah alang-alang tu nak la jalan-jalan pantai semua . Ringkas kan cerita , jam 11 lebih kami pun hendak pulang ke rumah terletak di jeli kelantan .


Nak balik jeli , suami aku suka lalu laluan salor-pasirmas ni sebab dekat . Boleh masuk kot rantau panjang/tanah merah . Jam 12 nak ke pukul 1 , kebetulan minyak kereta suami aku dah nak habis dan suami aku cakap nak pam angin juga , sebab tayar macam tak balance , sepupu aku pula nak membuang air kecil . Aku pun terasa nak membuang juga . Maka bermula la disini .


Suami aku park dekat pam angin dulu . Suami aku cakap angin pun macam kurang je kereta ni . So dia drop dekat tempat angin dulu , lepas selesai pam angin baru dia nak isi minyak , katanya . Caltex ni sunyi macam takda orang langsung , dalam mart dan kuanter bayaran kelibat dua orang perempuan . Sorang di kuanter dan sorang lagi macam memerhati kami dari mart . So , aku pun cakap la dekat sepupu aku tu " Berani eh , sek dio kijo duo ore male buta ni ".


Sampai je dekat pintu tandas , aura kami berdua jadi bertukar . Tiba-tiba badan jadi lemah , panas dan merinding bulu roma . Nak kata angin sejuk , takda pula angin lalu . Selepas selesai , kami pun menuju ke kereta . Time ni aku lagi rasa macam lain sangat-sangat aura ni . Aku macam tertanya-tanya ? Tak da ke orang singgah sini . Takkan kami je ?

Laluan nak ke tandas tu kena hadap juga lalu depan kaunter . Bila lalu je depan kaunter sepupu aku tiba-tiba macam tergamam . Dan muka dia lain . Yang aku pula , tiba-tiba jadi seram sejuk panas badan ni . Merinding lagi tak henti bulu roma aku naik turun naik turun tau .


Dalam masa yang sama , ketika lalu depan kaunter tu , kami macam terdengar suara perempuan ketawa dan suruh kami pergi . Apa lagi , tak cakap banyak . Aku lari dengan sepupu aku tak cukup tanah . Waktu dengar suara perempuan suruh kami pergi tu , nak tahu apa kami nampak ? Susuk tubuh wanita berdiri depan pintu mart tu tanpa kaki weh 😭 .

Paling sakit hati , lari punya laju tengok kereta dah takda . Rupanya laki aku dah lari park jauh sikit dari caltex tu . Memang aku bising weh kat laki aku time ni , laki aku diam je . Tapi muka dia lagi pucat weh . Cepat-cepat suami aku beredar dari situ . Dan paling terkejut , rupanya belakang caltex tu ada kubur 😣 . Allahu , time ni aku dengan sepupu memang mengucap panjang , tak henti . Jauh sikit dari pandangan caltex tu . Baru suami aku buka mulut .


Dia cakap , waktu dia nak g bayar minyak . Dia rasa lain dah , macam ada tak kena dekat caltex ni . Sampai dekat kaunter , takda orang pun . Puas dia panggil orang dekat situ . Tapi dari jauh , dia cakap nampak je ada orang dekat situ . Bila pergi bayar takda orang pulak . Nak tahu ? Waktu dia toleh je ketepi , betul dekat pintu mart . Apa yang yang kami nampak tadi . Dia dah nampak awal lagi . Susuk tubuh wanita , yang meratap pandangan wajah suami aku dekat pintu mart , dan dia suruh suami aku pergi dari situ .


Hummm , lepas pada kejadian ni . Balik aku laki bini demam , sepupu aku tu seminggu tak cakap dengan orang tau . Sebab dia terkejut . Bila lalu pula pada hari lain , rupanya tak sama pun suasana yang kami lalui pada malam tu .




Malam tu , suasana caltex sangat bersih seperti dijaga oleh orang dan terang cerah sangat-sangat . Tapi bila waktu siang , baru terang lagi bersuluh yang caltex ni dah macam tak terurus . Ketara sangat dengan suasana malam tu . Dalam mart tu pun kosong je , sunyi sayup seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena . Allahualam .


Okey , ni je la cerita aku harini . Baru sempat kongsi sedikit sebanyak . Mungkin tak la seram mana . Tapi ni la pengalaman yang berlaku pada sahabat aku . Siapa orang pantai timur yang tahu tempat ni , mungkin boleh info lebih detail lagi kan tempat ni ☺️



Terimakasih meluangkan masa untuk membaca 🥰



Nota suntingan : Nak percaya atau tidak itu penerimaan masing-masing . Kisah ini bukan terjadi pada saya . Mention sekali lagi , ianya dari sahabat saya 🥰 Dan tiada kene mengena yang hidup atau pun dikubur sebelah caltex tu , dia mention kubur sebab waktu lari tu , dia terjerit terpekik . Baru perasan ada kubur , so macam tak sopan . Itu sahaja 😘


Tinjauan di ruang komen, ramai yang turut berkongsi pengalaman seram mereka semasa lalu di stesen minyak tersebut.





Kredit: Cekk Jah


Post a Comment

0 Comments