Siapa saja tidak mengenali aktres Indonesia yang bernama Suzanna Martha Frederika van Osch atau nama lainnya, Suzzanna. Aktres berketurunan kacukan Jerman ini terkenal dengan jolokan ratu seram layar Indonesia kerana kebanyakan filem yang dibintanginya adalah filem bergenre seram di mana dia sering memegang watak sebagai hantu.
Watak hantu lakonan Suzanna yang paling diingati orang ramai adalah dalam filem Beranak dalam Kubur (1971) dan Sundel Bolong (1981). Suzanna telah meninggal dunia pada 15 Oktober 2008 di Magelang yakni sewaktu dia berusia 66 tahun akibat penyakit kencing manis yang dihidapnya selama 30 tahun.
Kehidupan Suzanna yang mengamalkan makan bunga Jasmin untuk kekal awet muda telah dianggap misteri kepada masyarakat Indonesia. Sehingga selepas kematiannya, tersebar cerita tentang Suzanna yang dikatakan menyimpan pelbagai misteri hingga dia kerap dikaitkan dengan benda berunsurkan mistik.
Dipetik daripada Liputan6, bekas suami Suzanna iaitu Cliff Sangra mendakwa pernah melihat penampakan Suzanna di dalam bilik tidur mendiang. Cerita Cliff Sangra, Suzanna dilihat berada di satu sudut bilik yakni tempat kebiasaan mendiang duduk sambil membaca kitab. Selain itu,Cliff Sangra juga memberitahu dia turut pernah terdengar suara ketukan pada dinding. Bunyi ketukan sama seperti yang pernah dilakukan Suzanna.
Luna Maya bergambar di kerusi kegemaran Suzanna di dalam biliknya |
Difahamkan Suzanna dan Cliff Sangra tidur berasingan sepanjang tempoh kehidupan mereka berumah tangga. Perkara ini berikutan Suzanna lebih gemar bersendirian di dalam bilik tidurnya. Suzanna akan mengetuk dinding bilik sekiranya menginginkan sesuatu. Jadi saat Cliff Sangra mendengar bunyi dinding bilik diketuk, dia faham bahawa isterinya sedang memerlukan sesuatu.
Nana Mahliana yang juga merupakan isteri kepada Cliff Sangra turut berkongsi pengalaman seramnya. Hanya segelintir individu sahaja dikatakan yang berani memasuki bilik tidur mendiang Suzanna. Nana menceritakan bagaimana cuma kipas dalam bilik mendiang Suzanna kekal berpusing semasa bekalan elektrik di rumah tersebut terputus.
“Setiap tiga hari sekali dibersihkan (merujuk bilik mendiang Suzanna), kadang-kadang saya yang bersihkan. Ada kalanya ada orang lain juga yang membantu, cuma dia (Cliff Sangra) selalu menemani saya, takut jugalah.” kata Nana Mahliana.
Dalam satu lagi kejadian, Cliff Sangra yang sedang tidur telah terdengar suara Suzanna memanggilnya. Cliff Sangra kemudian bangun lalu dia melihat Suzanna sedang duduk di kerusi sofa dengan tangannya memegang alat kawalan televisyen. Waktu tersebut, Suzanna kelihatan sedang marah dengan rancangan televisyen yang dia sedang tonton.
Saat Cliff Sangra kembali ke bilik, barulah dia menyedari Suzanna yang baru dia lihat bukanlah Suzanna kerana isterinya itu sudah pun lama meninggal dunia. Namun sewaktu Cliff Sangra keluar semula dari bilik, Suzanna tidak lagi kelihatan.
Pada tahun 2021, Cliff Sangra telah mendedahkan satu pesanan terakhir Suzanna sebelum dia pergi buat selama-lamanya. Pesanan yang dimaksudkan adalah Suzanna meminta satu gincu merah untuk dimasukkan ke dalam kerandanya.
Luna Maya di makam Suzanna |
"Dia memberitahu saya, kalau dia meninggal dunia gincu merah itu harus dimasukkan juga ke dalam keranda. Jadi, apabila dia meninggal dunia pada 2008, saya meletakkan lipstik pada tangannya"
Walaupun Suzanna telah lama meninggalkan kita namun, misteri seorang yang bernama Suzanna tidak pernah hilang hingga ke hari ini. Filemnya masih lagi ditayangkan dan mendapat sambutan penonton dalam dan luar negara. Malahan Luna Maya yang melakonkan watak sebagai Suzanna dalam filem barunya turut berkunjung ke rumah aktres tersebut untuk mendalami kehidupan Suzanna.
Filem terbaru Luna Maya, Suzanna Malam Jumat Kliwon telah dilancarkan di pawagam pada tahun 2023. Filem ini masih menghidangkan watak seram Suzanna sebagai penarik utama iaitu hantu Sundel Bolong.
Walau bagaimanapun, masyarakat tidak mengenali sisi lain karekter Suzanna yang sebenarnya seorang yang ceria dan suka berseloroh. Ia telah diakui oleh ahli keluarga beliau sendiri.
Kredit: Liputan6, Jack lester, Alice Van Osch
0 Comments