Seorang pelajar bekas penuntut Kolej Matrikulasi Kedah, Changloon, Batch 2009/2010 telah berkongsi pengalaman seramnya. Diharapkan cerita kali ini mampu memberi kepuasan kepada pembaca.
Baca: Wanita ditemui m*ti dalam kereta yang diparkir di Hospital Ipoh
Kisah bermula pada malam yang kebiasan berlalu di bumi Kedah Tepatnya di Kolej Matrikulasi Kedah,Changlun. Malam yang tenang yang biasanya digunakan untuk mentelaah pelajaran oleh pelajar kolej tiba2 dikejutkan dengan bunyi siren bomba.
Kolej Changlun terletak di daerah Changlun. Kawasan yang masih lagi terpencil tidak seperti bandar Jitra. Kolej itu pula terletak lebih kurang 10 minit dari pekan Changlun. Kawasan yang dikelilingi hutan dan pokok getah. Kereta sapu menjadi pilihan alternatif untuk kesana sebelum adanya Grab. Fastfood paling maju yg ada di waktu itu hanyalah MyFC dan marrybrown.
Waktunya lebih kurang jam 10 - 11 malam. Siren Bomba mengejutkan pelajar2 di blok lelaki dan perempuan. Aneh kerana siren berbunyi selewat itu. Setiap pelajar keluar dari bilik yang dihuni seramai 4 orang bergegas ke dataran ilmu. Blok lelaki paling dekat dengan dataran Ilmu yang dihadapannya terletak perpustakaan kolej. Blok wanita sedikit jauh dibelakang masjid.
Pelajar dengan hairannya berbondong bondong berlari anak berkumpul di dataran ilmu. Jarang dibuat orang fire drill dilakukan pada waktu malam. Hampir lewat malam. Ahli bomba ada di setiap sudut memerhatikan pelajar yang duduk berbaris. Lelaki di bahagian kanan dan perempuan dibahagian kiri. Taklimat diberikan oleh pegawai bomba bertugas. Pelajar yang penat belajar disiang hari terpaksa mendengar taklimat yang diberikan.
Lebih kurang sejam,seawal jam 11/12 malam, tiba2 ada suara pelajar menjerit menyuruh yang lain melihat ke langit. Pelajar semua berpandangan ke langit. Gugusan cahaya seperti komet melalui diatas dataran ilmu. Sungguh cantik jalur2 yang terdapat warna seakan hijau dan biru. Seperti air hujan yang berjurai jatuh.
Pelajar bersorak kagum dan pertama kali melihat seakan hujan meteroit. Hujan komet itu tak sampi 5 minit sebelum satu jalur besar seperti bebola api datang terbang melayang dekat dan meletup betul2 di atas bangunan perpustakaan. Meletup mengeluarkan cahaya dan hilang.
Serentak dengan itu, menjerit seorang perempuan dan lelaki,
Keadaan menjadi kelam kabut. Seperti berjangkit,seorang demi seorang menjerit. Suasana menjadi kelam kabut. Histeria melanda pelajar2 yang sedang berkumpul lewat malam di dataran ilmu. Pensyarah dan pegawai bomba tidak mampu mengawal keadaan dimana berpuluh pelajar histeria serentak. Lelaki dan perempuan. Ada yng pengsan ada yang menggelupur di dataran.
Mereka seakan melihat sesuatu selepas letupan bebola api di atas perpustakaan. Ada yang melihat pontianak,ada yang melihat kain putih terbang dan ada juga yang menunjuk nunjuk di atas bumbung, di setiap pokok seakan sesuatu terdapat disana yang memerhati pelajar.. Suara menjerit disana sini. Berjangkit satu dan lainnya.
Dengan bantuan pensyarah dan bomba, pelajar yang histeria dibawa masuk ke masjid. Tak kira kaum,cina dan india pun ada. Pelajar yang bertanggungjwb menjaga masjid membuka speaker masjid dan memasang ayat2 suci Alquran. Malam itu malam yang panjang.
Masjid dipenuhi teriakan pelajar. Keadaan menyeramkan. Jeritan rasukan dan tangisan. Beberapa pensyarah cuba menenangkan pelajar yang histeria.
Di bilik kediaman,pelajar ketakutan. Semua duduk ramai2 di dalam bilik. Tidak ada yang berseorangan. Bilik kediaman empat tingkat menjadi huru hara. Yang tidak histeria tiba2 menjerit. Pintu dihempas. Hendak keluar dari bilik saja menjadi takut.
Di masjid pula dipenuhi pelajar yg histeria. Ada ambulans yang datang memberikan ubat penenang. Selewat itu mana mungkin ambulans mampu membawa ramai pelajar ke hospital. Changlun merupakan daerah kecil sewaktu itu. Pelajar ramai2 tidur di masjid,selain takut duduk di dorm,dimasjid dapat membantu rakan2 mereka yang histeria dan kerasukan.
Malam itu juga ada sepertinya bomoh yg berpakaian seperti ustaz. Bersongkok berambut panjang,tubuhnya kecil tapi gayanya berwibawa. Pandangan matanya tajam memerhatikan pelajar2 yang kerasukan. Orang2 tua agaknya. Dia datang merawat pelajar2. Dibawa oleh orang kampung. Tiba2 dia muncul. Entah ilmu apa dipakainya, sewktu dia melihat pelajar dipapah masuk kemasjid dia mengatakan ada sesuatu bersama pelajar tersebut. Tangannya dibuat seperti pistol dan dari jarak jauh dia seakan menembak. Terjelupuk jatuh pelajar tersebut.
Hampir seminggu suasana seram itu berlangsung, tiap hari ada sja pelajar histeria. Walaupun demikian pembelajaran tetap diteruskan. Speaker masjid tidak berhenti berbunyi dengan alunan Al Quran. Malam2 tiada lagi pelajar duduk di serambi2 atau di bilik2 kuliah. Tidak ada yang berani duduk bersendirian.
Menurut orang kampung, katanya malam kejadian itu tamatnya perjanjian dengan makhluk ghaib di situ. Ada perjanjian dibuat sebelum kolej itu dibina. Entah kebetulan atau tidak. Tangki air di belakang kolej berhampiran hutan menjadi sebab berlakunya tragedi bebola api terbang menurut bomoh kampung yang datang membantu.
Jika hujan meteroit itu mungkin biasa berlaku dan jauh di atas langit,tapi apakah makhluk seperti bola api yang terbang dan tiba2 meletup diatas perpustakaan sebelum menjadi sebab rasukan dan histeria di kalangan pelajar. Persoalan yang kekal misteri.
Baca lagi kisah seram lain!
Baca: Stesen minyak di Salor, Kelantan ini sememangnya menjadi buah mulut orang ramai akan keseramannya
Kredit: Joe Janggut
0 Comments