Penyanyi Shila Amzah menerusi satu entri baru-baru ini, dilihat ada memberikan pendapat mengenai luahan hati seorang wanita mengenai permasalahannya di aplikasi X.
Dalam entri tersebut, wanita berkenaan meluahkan rasa sedih apabila sering dihina oleh keluarga mentua serta dilayan dengan teruk termasuk dengan ibu mentua dan suaminya.
Tambah wanita ini lagi, ibu mentuanya itu sentiasa menyebelahi anaknya sendiri, malah kakak iparnya juga turut terikut sama dengan perangai ibu mentuanya.
Aku anak yatim, jadi family in law layan aku macam tak ada mak bapak. Bukan FIL je, laki aku pun. Sebab dia tahu aku bergantung pada dia je.
Mak mentua asyik menangkan anak dia yang dianggap paling baik dan elok dalam dunia. Aku selalu kena hina dan diperli mak mentua.
Luahan wanita tersebut mendapat reaksi daripada Shila yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpanya itu.
"Weh sedihnya, kalau tersalah pilih suami dan family suami memang naya hidup. Semoga diberikan kekuatan kepada anon ni. Allahu.. Haih"
Kata penyanyi lagu 'Patah Seribu' itu, hidup seorang wanita itu musnah jika tersalah pilih suami mahupun mentua.
Kredit: Aplikasi X
0 Comments