Tiada kacukan & darah campuran, Fazura wanita Melayu paling cantik !

Tiada kacukan & darah campuran, Fazura wanita Melayu paling cantik !

 

Instagram Fazura


Baru-baru ini, kita telah menyaksikan satu filem pahlawan atau pendekar melayu yang bertajuk 'Pendekar Awang Darah Indera Gajah' yang mana Fazura turut tidak ketinggalan dalam aksinya. Fazura sebagai Srikandi Sayang telah memainkan watak sebagai pahlawan yang cukup tegas, garang, berani, dan hebat dalam memanah.



Anak perempuan Haji Sulong yang merupakan isteri kepada Awang. Seorang yang tegas dan menjadi ketua srikandi yang hebat dalam silat dan memanah. Sayang seorang isteri yang cukup memahami isi hati dan pejuangan suaminya.


Fazura tetap kelihatan muda meskipun usianya sudah mencecah 40 tahun. Tidak kurang juga ada yang mengatakan tidak perlu darah campuran, Fazura merupakan wanita Melayu paling cantik di Malaysia.




Dalam pada itu netizen berkata suaminya, Fattah Amin sangat bertuah kerana memiliki isteri secantik Fazura. Kata netizen lagi, wajah Fazura sejuk mata memandang dan tetap cantik walaupun tiada solekan.




Sumber: Instagram Fazura, ayuarjuna

Post a Comment

0 Comments