Tular video ibu dan kanak-kanak dijumpai terapung di dalam kolam berdekatan rumah di kampung Nasib Kita, Tawau

Tular video ibu dan kanak-kanak dijumpai terapung di dalam kolam berdekatan rumah di kampung Nasib Kita, Tawau






Dua beranak ditemukan lemas di sebuah kolam berhampiran rumah mereka di Kampung Nasib Kita, dekat sini, semalam.


Wanita berusia 40-an dan anak lelakinya berusia tujuh tahun itu ditemukan penduduk kampung dalam keadaan tidak sedarkan diri.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada orang awam, semalam.


Katanya, setakat ini, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan mayat kedua-dua mangsa terbabit dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.







“Kita masih menunggu hasil laporan bedah siasat bagi menentukan sama ada kes ini membabitkan unsur jenayah ataupun tidak.


“Selepas keputusan diperolehi, pihak polis akan diklasifikasikan kes ini sama ada sebagai sebagai mati mengejut (SDR) atau kes bunuh,” katanya dalam kenyataan media, di sini lewat malam tadi.


Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil di mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.


Menurut ahli keluarga, selepas bedah siasat tiada unsur jenayah ditemui. Berkemungkinan kanak-kanak lelaki tersebut tengah lemas kemudian ibunya turut lemas ketika ingin menyelamatkannya. 


Terdahulu, dua rakaman video masing-masing berdurasi 25 saat dan 37 saat berhubung kejadian itu tular di media sosial.

Post a Comment

0 Comments