Tun M dimasukkan ke IJN untuk rawatan jangkitan

Tun M dimasukkan ke IJN untuk rawatan jangkitan

 


Kuala Lumpur: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan jangkitan.


Menurut kenyataan jurucakapnya, bekas ahli parlimen Langkawi berusia 98 tahun itu dimasukkan ke IJN pada 26 Jan.


“Tun (Dr Mahathir) kini menerima rawatan jangkitan di IJN, diikuti tempoh rehat berikutnya untuk pemulihan optimum,” kata jurucakap itu menerusi WhatsApp pada Selasa (13 Feb).


Terdahulu, perbicaraan kes saman fitnah Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berhubung dakwaan kenyataan berunsur fitnah berhubung isu 'kutty', yang asalnya ditetapkan pada Selasa, ditangguhkan kepada 19 Julai.


Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong membenarkan penangguhan itu selepas permohonan peguam Dr Mahathir, Mior Nor Haidir Suhaimi memetik anak guamnya telah dimasukkan ke IJN.


IJN juga telah menghantar surat kepada mahkamah yang menunjukkan bekas perdana menteri itu tidak dapat menghadiri prosiding mahkamah kerana keadaan kesihatannya.- Bernama

Post a Comment

0 Comments