Ustaz "budak" dipenjara 13 bulan disebabkan melakukan kelucahan melampau

Ustaz "budak" dipenjara 13 bulan disebabkan melakukan kelucahan melampau



Seorang bekas mudir sebuah madrasah di Machang, Kelantan yang sedang menjalani hukuman penjara 13 bulan atas kesalahan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki di sebuah hotel, hari ini gagal untuk mengetepikan hukuman tersebut.


Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail, sebulat suara menolak permohonan Syamsul Zaman Sukri, 36, bagi mendapatkan kebenaran merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 21 November 2023.


"Mahkamah mendapati tiada merit dalam permohonan pemohon (Syamsul Zaman). Oleh itu, permohonan kebenaran merayu ditolak," kata Hadhariah itu yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin.


Bekas mudir itu menjalani hukuman penjara pada 21 November 2023 selepas Mahkamah Tinggi Kota Bharu memerintahkannya menjalani hukuman itu serta merta, setelah menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara 13 bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret pada 9 Mac 2023.


Memandangkan kes itu berasal dari Mahkamah Majistret, Syamsul Zaman dikehendaki mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum meneruskan rayuannya di Mahkamah Rayuan, mengikut Seksyen 50(2) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.


Post a Comment

0 Comments