Kisah seram ini berdasarkan kisah benar yang ditulis semula oleh seorang penulis bernama Syah Mahamood. Kisah ini berkaitan tukang mandi jenazah akibat virus Covid yang melanda Malaysia beberapa tahun dahulu.
Sahabat aku kali ini antara frontliner yang membantu menyelesaikan jenazah Covid dalam kalangan Muslim. Lama mengenali beliau, insan tenang penuh karisma dan aku amat mengkaguminya.
Ustaz Adi ( bukan nama sebenar) merupakan Peg Agama di sebuah Hospital yg bertanggungjawab menyempurnakan proses pengkebumian jenazah.
Pandemik COVID 19 adalah pandemik yang amat panjang dalam sejarah kesihatan dunia.
"Shah stay safe, doa sama kita" pesan ustaz selalu samada ketika bertemu atau secara maya menerusi whassap atau mesej di laman fb.
"Ustaz tu yang kena lebih jaga jaga.. Ustaz kalau ada apa apa yg saya boleh bantu bagitau nohh" jawabku ringkas
Persahabatan kami yang lebih dari 15 tahun menjadikan ikatan ukhwah kami merentas amanah kerja. Turut kami kenal seisi keluarga. Sudah lama kami tidak berkumpul bersama keluarga.
---------
Keadaan COVID amat meruncing sehinggakan pihak hospital terpaksa mencari alternatif untuk menyediakan ruang tambahan sebagai wad covid.
Dari cerita Ustaz, ruang yang dikenalpasti pasti adalah bilik bedah lama hospital. Hospital yang berusia lebih 100 tahun mempunyai binaan yang utuh dan masih kukuh dan sedikit proses pembaikian dan menaiktaraf ternyata membolehkan ia bersedia beroperasi semula.
Sebelum pembukaan Ustaz menghantar whassap kepadaku
"Shah malam ni nak baca Yasin untuk buka wad covid tambahan di bilik bedah lama, kalau free datanglah sekali. Kalau tak pun baca serentak ye" ujar Ustaz.
Aku menjawab ringkas
"Saya hadir Ustaz insyaallah."
Kami membaca surah Yasin dan berdoa agar segala urusan operasi ini dipermudahkan. Namun pada pertengahan bacaan tidak semena mena.
Banggg!!! Duummm!!! Pintu ruang berkenaan bagai dihempas orang. Masing masing berpandangan, mata bertemu mata namun mulut terus membaca.
Ustaz mengisyaratkan agar bacaan diteruskan.
Dummmmm!! brangg!!! Sekali lagi pintu dihempaskan. Kerusi plastik yang disusun 5 terbalik tanpa punca.
Katil baru beroda yang ditempatkan bergerak sendiri lebih 3 kaki. Kuat betul angin yang melanda secara tiba tiba waktu itu.
Bacaan Yasin tetap diteruskan.
Aku lihat Ustaz memejamkan mata.
Terkumat kamit mulutnya.
Angin tiba tiba bertiup. Ya mungkin angin yang menghempas pintu. Meremang bulu roma aku kali ini.
Alhamdulillah Tiada lagi bunyi seusai bacaan Yasin dan doa disempurnakan.
Tiada siapa yang bertanya. Pintu ditutup dan operasi wad ini bermula esoknya.
Selepas itu tiada lagi cerita angin menghempas pintu.
-----------------
Selang sehari selepas itu
Aku sedang menyediakan satu skrip paparan untuk FB berkenaan proses pengkebumian. Jadi aku akan sentiasa merujuk dengan team Ustaz Adi berkenaan urusan ini.
Satu hari tu, "shah malam ni kami uruskan 7 jenazah, ada 1 ni family yang lain semua positif jadi tiada yang uruskan, ada waris tak angkat telefon la.. nanti team kesihatan dan team Pejabat Agama akan ada sekali.. kalau nak tengok pengurusan boleh hadir, pakai full ppe boleh bantu sekali" Ustaz memberitahu ku
Erkk!
"Ok Ustaz insyaallah boleh saya nak ikut ustaz" jawab ku
-------
Kebetulan aku cuti dan aku hendak melihat sendiri proses pengkebumian dari A Sampai Z. Inilah masanya.
Setiba aku dihospital,
Ustaz menghampiriku dan berkata
"Shah ada masalah sikit. Jenazah ni dari semalam kita call waris tidak berangkat. Jadi ini adalah salah satu keadaan yang kita terpaksa buat keputusan. Nombor yang dihubungi Tiada dalam perkhidmatan pun ada"
Suasana Jabatan forensik yang selalunya lengang kini tidak lagi. Kes kematian setiap hari.
"Kalau macam ni kita buat macamana ustaz?" Tanyaku
"Yang ni kena settle hari ni juga.. kami akan settle kan 6 Kes termasuk yang tiada waris ini 7." Ujar ustaz.
Aku memerhati semua beg beg putih berisi mayat. Semua peti penuh dengan mayat pesakit. Ada yang menanti untuk dituntut ada yang akan disempurnakan mengikut SOP dan ada yang telah disusun untuk proses pengikut Agama masing masing.
"Ustaz boleh sy try call yg tak berangkat tu. try je lah last kot semalam hp tertinggal ke... "
Ustaz menghulurkan telefonnya kepadaku. Aku cuba menghubungi nombor berkenaan namun tiada jawapan. Deringan ada tetapi ternyata tidak berangkat.
"Sy try whassap ustaz" Aku meminta izin sambil menekan telefon ustaz.
Aku cuba menghantar pesanan melalui whassap.
Assalamualaikum tuan/ puan sy Adi dari Hosp nak maklumkan kematian Puan N@#&'xjfjfdkksxkccmf
Kami sedang uruskan jenazah, adakah ada waris yang ingin bersama kali terakhir dalam proses ini?
Akhirnya mesej aku mendapat bluetick
WARIS JENAZAH.. is typing ...
ada reply
----
... se juk
-----
Jawapan yang aku terima hanyalah
Titik 3 dan sejuk
Aku mula merasa geram.
Aku cuba mendail lagi sekali
Berdering namun masih tidak berangkat.
Tiba tiba ustaz berkata
"Shah cuba call sekali lagi"
"Teet trettttt.. teet treettt"
Bunyi seperti deringan telefon dari salah sebuah peti mayat.
Ustaz diam dan menghampiri peti sambil mendengar dengan teliti, ya deringan telefon dari dalam peti sejuk simpanan mayat yang baru dibuka. Jenazah itu adalah jenazah yang tiada waris tersebut.
"Tet teett.. tet teett. . Tet teett"
Semua petugas memandang ustaz. Aku matikan telefon. Aku Dail sekali lagi
"Tet tett .. tett teett"
Ternyata nombor telefon yang aku Dail adalah no jenazah bukan waris. Patutlah tidak berangkat.
Pasukan ustaz terus menarik jenazah keluar. Telefon dikeluarkan bersama beberapa barang peribadi yang diletakkan sekali mungkin semasa petugas menghantar terlupa untuk dimaklumkan. Allahuakbar.
Aku terdiam... sambil memberikan telefon ustaz kembali..
"Ustaz ada reply tadi" menggigil aku sekejap.. Astaghfirullahalazim Allahuakbar
Siapa yang bluetick??, Siapa yang seen just now..??
Siapa yang membalas mesej aku di telefon ustaz??? Wallauhualam
Ustaz mengajak semua membaca doa selamat. Memohon diberi kemudahan dalam urusan.
Ustaz sampaikan pada kami ;
Imam al-Nawawi berkata, ijma’ ulama’ berpendapat bahawa do’a ke atas si mati dapat memberi manfaat dan sampai pahala kepadanya. (Lihat al-Azkar, hlm. 150)
Firman Allah SWT:
وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya: Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".
(Surah al-Hasyr: 10)
Hospital dan pihak kesihatan sememangnya membenarkan anggota keluarga yang tidak diarahkan berkuarantin untuk turut serta membantu menyempurnakan jenazah buat kali terakhir.
Ianya merupakan kesempatan kepada waris untuk bersama sama dalam menunaikan fardhu kifayah. Ahli keluarga akan diberi taklimat keselamatan dan tunjukcara belandaskan SOP ketat dalam proses pengkebuian jenazah COVID-19.
'Salute' untuk semua petugas kesihatan dan kali ini aku dedikasikan penghargaan dan penghormatan juga kepada semua petugas yang terlibat dalam proses pengkebumian samada di Hospital, PKD termasuk Petugas Jabatan Agama dan NGO yang saban hari membantu menyempurnakan urusan.
Pulang lewat malam sudah sebati pada mereka adalah sampai pagi. Semoga semua mereka dilindungi Allah Diberkati dan dirahmati dunia sampai akhirat.
Kredit: SyähMahamòod
--------------
*Berdasarkan Kisah Benar yang digarap dan diolah semula oleh Penulis untuk memperkemaskan olahan Jalan cerita BLUETICK
0 Comments