Biodata Zila Bakarin:
Anak kelahiran: Kedah
Tarikh lahir: 17 Mac 1975
Tahun aktif: 1996 - kini
Pasangan: Azri Izhar
Beliau merupakan anak ketiga daripada tujuh adik-beradik.
Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1996 melalui telefilem Biduk Kasih terbitan Saujana Productions. Setahun kemudian, beliau membuat penampilan filem pertama menerusi filem Sate arahan Z. Lokman lakonan Nurul Wahab, Liena Hangat, Hairie Othman dan Faizal Hussein. Pada 2001, beliau membintangi filem No Problem yang menandakan filem keduanya bersama Z.Lokman
Zila juga muncul dalam telefilem Neon arahan Mohd Feroz Abd Kader bersama ramai pelakon termasuk Rita Rudaini, Azhar Sulaiman, Soffi jikan, Lisdawati, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak.
Baru-baru ini, Zila berlakon bersama Nabila Huda dalam drama Dendam Aurora yang bersiaran di Astro Ria.
Rasa tenang, selamat selepas berhijrah
Pernah dikenali dengan imej yang sangat seksi, Zila mengakui penghijrahannya berlaku secara spontan dan tidak didorong oleh mana-mana individu.
"Saya hari ini Zila Bakarin dulu, hari ini… esok itu saya ambil tudung dan pakai, saya jadi hari ini. Pelik kan… sebenarnya saya pun tak tahu. Benda itu tiba-tiba saja berlaku.
"Benda itu berlaku dengan saya tak terfikir pun tentang lepas ini tak ada job, orang ini tak suka… saya tak pernah fikir dan saya fikir 'oh aku nak berubah, nak berhijab, aku nak ubah semua yang dulu aku pernah buat, tak nak jadi macam dulu'.
"Dan terus la benda itu jadi macam itu saja. Tak ada perkara atau benda yang boleh membuatkan saya 'oh kalau benda ini, aku nak pakai tudung'… tidak. Benda itu datang sendiri.
"Saya rasa sekarang ini, saya rasa lagi tenang… rasa macam 'kenapa aku tak macam ini dulu'. Saya rasa lebih selamat… kejadian itu pada hari yang esoknya nak ambil anak sekolah," katanya.
Mengakui tidak dapat mengubah masa lampau, keputusan yang diambil untuk menjadi muslimah yang lebih baik pada masa akan datang.
"Saya ini terkenal dengan pakaian saya dulu, dengan rambut. Tak pernah yang dalam almari itu pakaian bertutuplah demi Allah.
"Sehinggakan nak ambil anak sekolah, saya rasa keluar tak ada seurat benang pun. Saya rasa macam berpakaian ini kenapa macam sejuk dan kurang selesa.
"Rasa macam takut, rasa macam tak selamat. Keluar masuk rumah rasa gelisah, saya ambil tudung dan pakai, baru rasa selamat," katanya.
"Ustazah Zila Bakarin, sejuk tengok sejak bertudung, eh tu adik ke anak? copy paste muka sebiji" - Netizen
Mendedahkan dirinya tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon selepas berhijrah dan berhijab sekitar Februari lalu, pelakon Zila Bakarin akui kebanyakan tawaran yang datang mahukan imejnya terdahulu agar bersesuaian watak yang diberikan.
Katanya, nama Zila Bakarin amat sinonim dengan watak antagonis, jadi apabila mengambil keputusan untuk berhijab, tawaran yang diberikan dikhabarkan tidak sesuai dengan imej terbaharunya itu.
“Bila saya cakap saya dah pakai tudung, mereka terus minta maaf tidak dapat memberikan tawaran itu kerana watak tersebut tidak sesuai dengan imej baharu saya.”
Bagaimanapun, Zila masih mampu menzahirkan rasa syukur kerana kini selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, rezekinya dikatakan semakin murah.
“Selepas PKP, alhamdulilah rezeki saya mencurah-curah dan ia datang secara tiba-tiba tanpa diduga.”
Biarpun sebelum ini Zila acap kali dikaitkan antara aktres wanita yang sering berpakaian mencolok mata, namun keputusannya untuk tampil menutup aurat bukanlah paksaan mana-mana pihak malah ia dibuat secara sendiri.
Untuk rekod, Zila telah dilantik sebagai duta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan ketua ikon program Jom Celik Al-Quran hasil kerjasama MAIWP dengan Institut Pengajian al-Quran (IPaQ).
Selain Zila, beberapa artis turut dipilih sebagai ikon program Jom Celik al-Quran antaranya Hazwani Afiqah, Lisdawati, Adam Corrie, Heliza Helmi, dan Ustaz Rushdi Al-Jauhari.
Duta Immora Hijab Tudung Muslimah No 1 Malaysia
Sumber: Metro, Astro Gempak
0 Comments