Seremban: Polis menemui mayat seorang wanita dan dua anaknya yang masih kecil di sebuah rumah di Lenggeng dekat sini.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata mayat wanita berusia 34 tahun dan dua anak perempuannya berusia antara tiga hingga enam tahun itu ditemui dalam keadaan tergantung.
"Polis turut menemui satu nota dipercayai ditulis oleh wanita berkenaan yang menyatakan hasratnya untuk membunuh diri kerana masalah perkahwinan," katanya.
Artikel berkaitan: Polis tahan juruteknik selepas isteri, anak perempuan ditemui mati di Nilai
Supt Abdul Malik berkata polis menahan suami wanita itu kira-kira 1 pagi pada Selasa (20 Feb) dan mendapat perintah reman terhadapnya selama empat hari sehingga 23 Feb ini.
Suami, yang berusia 30-an, bekerja sebagai juruteknik.
Kes itu, katanya, disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku JaƔfar untuk bedah siasat.
Baca juga: Wanita ditemui m*ti dalam kereta yang diparkir di Hospital Ipoh
Baca juga: Bintang bola sepak Jerman yang menyinar pada Piala Dunia 1990 meninggal dunia pada usia 63
0 Comments