"Ya Allah kuatkan imanku" - Promosi baru KFC menarik perhatian netizen

"Ya Allah kuatkan imanku" - Promosi baru KFC menarik perhatian netizen

Boikot besar-besaran yang telah dilakukan rakyat Malaysia kepada jenama antarabangsa khususnya yang menyumbang secara langsung atau tidak ke negara Amerika, pastinya memberi kesan yang besar kepada pendapatan perniagaan mereka. Boikot ini berlangusung disebabkan Amerika merupakan sekutu kuat untuk peperangan yang berlaku di antara penjajah Israel dan Palestin. 


Baru-baru ini, syarikat ayam goreng kegemaran ramai, Kentucky Fried Chicken (KFC) telah membuat promosi besar-besaran untuk meningkatkan jualan mereka. Promosi kali ini melibatkan pembelian lima ketul ayam goreng yang di jual pada harga RM20. 




Ramai netizen berasa teruja dengan harga yang ditawarkan. Namun, ada pula yang teruskan usaha untuk memboikot produk tersebut.




Sampai bilakah situasi ini akan berkahir? Bagaimana untuk mewujudkan situasi menang- menang antara rakyat Malaysia dan syarikat jenama antarabangsa? Adakah syarikat gergasi seperti ini patut memberi tekanan terhadap kerajaan Amerika seperti yang dilakukan Mc Donalads?






Post a Comment

0 Comments