Aedy Ashraf berkongsi pengalaman seram pergi ke rumah tinggal seorang doktor di Bukit Melawati

Aedy Ashraf berkongsi pengalaman seram pergi ke rumah tinggal seorang doktor di Bukit Melawati


Ada 2 cerita seram yang aku rasa menarik dalam hidup aku. Masa tu umur 18 tahun, masa zaman tak tau nak buat apa dengan hidup. Lepas tu kawan aku ajak  ' jom kita pi cari hantu" aku pun ok la.


Kisah 1

Kami pergi ke sebuah rumah di Bukit Melawati. Cerita di sebalik rumah tu, sebenarnya dia seorang doktor, kemudian dikatakan dia stress sebab tak dapat selamatkan pesakit. 


So dia pegi bunuh semua ahli kelaurganya.. yang aku dengar macam tu lah.. so rumah tu dah ditinggal berpuluh tahun. Setakat ni semua kata rumah tu lah paling seram. 


Dipendekkan cerita, kami sampai dekat lokasi rumah tu dekat pukul 2 pagi, kami serami 7 orang masa tu. Tapi 4 orang tunggu kat kereta. Aku dan 2 orang lagi kawan pergi masuk rumah tu.. pakai torch light hp je masa tu.


Time masuk tu, biasanya kalau tempat seram mestilah bulu roma meremang ke, vibe seram tu adakan.. tapi ni tak, takde langsung rasa seram dan takut walaupun orang kata rumah tu paling seram. 


Kemudian aku dengan kawan kata jomlah blah, takde apa pun..kemudian dalam pukul 3 pagi juga lah kami bertolak nak balik rumah masa tu. 


Tiba-tiba dalam perjalanan balik, kawan yang duduk kat seat kereta belakang mesej aku, dia kata kawan kami yang sorang lagi nama Haikal macam kena rasuk. Kepala dia macam teleng ke tepi, macam orang tak sedar diri tu. 



Masa tu kawan aku pun tak berani nak bersuara sebab dah takut tengok haikal dah lain macam. Lepas tu kami pun berhentikan keta kat tepi. Semua pakat2 kelaur keta. Lepas tu, mulalah si haikal ni mengamuk, bercakap suara pompuan.


Datang kawan aku sorang ni buat palatao, pegi lah baca Al-Fatihah sambil pegang kepala si Haikal ni, tak sangka pulak berkesan. Haikal tenang balik. Tapi masa tu benda tu tak keluar lagi.. Kami teruskan drive ke masjid. Nasib baik ada sorang ustaz pulihkan Haikal. Alhamdulillah selamat. Masa tu semua insaf dah takde dah nak cari2 hantu. Kami buat pertama kali pegi solat jemaah subuh. 


Dah habis berjemaah, kami pun tanya Haikal apa yang ko nampak sampai kena rasuk? Dia cakap, masa korang nak masuk rumah tu, aku nampak dari dalam kereta 5 lembaga kelaur daripada rumah tu. lembaga tu tinggi sampai aku boleh nampak bahagian badan hingga kaki je. 

So aku pun jenguk lah ke tepi tingkap keta nak tengok muka lembaga tu, lepas tu aku terus pengsan. Cuma yang aku ingat, lembaga tu ada pakai rantai bunga-bunga. 


Kisah 2

Masa tu umur aku 22 tahun, aku shooting kat Alor Setar kat bawah Gunung Jerai. Masa tu kami habis shooting dah nak maghrib. 

Dah habis shooting kami masuk dalam keta. nak balik kat homestay Alor Setar la.. Kami berempat dalam keta tu sekali  dengan Assistent Director nama Ika. Masa tu Ika duduk seat depan. Dia cakar-cakar pintu macam nak kelaur keta. Aku dah cuak, aku dah tau dah dia kena rasuk. Kami pun berhenti kat tepi jalan. Aku pun pasang surah kat Youtube. Boleh surah tu tertukar2. Aku memang terkejut masa tu.. aku pasang surah tetap tertukar dengan video lain. 

Lepas tu kami teruskan jalan ke homestay dan nak bagi masuk Ika ke dlam bilik homestay la. Masa tu budak kru call la Director Zulkifli M. Osman, abangnya Aziz M. Osman. Abg Zul ni ilmunya memang power sampai dia boleh kejar hantu. 


Kejar hantu maksudnya macam ni, masa kami shooting lampu set terpadam 3,4 kali. Sebab lokasi shooting tu tempat keras sikit. So abang Zul ni fed up la.. dia boleh pegi kejar hantu yang buat padam lampu tu sampai masuk hutan wei.. Kami semua terkejut, bukan cikai punya orang. Lepas tu dia kelaur hutan, dia ckap "ok sekarang kita boleh shoot".


Ha itu level abg Zul, aku tak pernah jumpa lagi orang ada level ilmu macam tu. Ok berpatah balik kat Ika, kami semua dan budak2 kru  pun nak keluarkan Ika dari kereta ke bilik, bayangkan Ika ni kecik je.. macam wanita Malaysia yang biasa. Tapi nak bawa dia masuk sampai 8 orang lelaki terpaksa pegang dia. Dah masuk, masa tu Abg Zul cakap dalam call suruh  tutup tingkap, tutup pintu bilik biar dia kat dalam. Dengan kami lah ramai2.


Jin yang masuk kat badan Ika ni bukan level budak tau, level nenek yang umur ratus tahun dah. Sebab kita buka surah dia boleh baca ikut surah tu, digelak wei..Kita pun baca surah ramai2 dia ikut sambil gelak2.. 


Setengah jam macam tu abg Zul sampai. Abg Zul pegang leher Ika, dia baca terus Ika pengsan. 


 

Lepas tu abg Zul panggil aku, Aedy cari botol kosong. Aku pun carilah botol bagi kt abg Zul. Lepas tu abg Zul masukkan benda tu dalam botol dan tutup botol tu. Lepas tu dia bagi kat aku, dia cakp benda tu ada dalam botol tu. 


Akupun pegi la buang kat sungai botol tu. Masa nak pegi buang tu, aku perhati ,aku siap goncang lagi.. tapi aku tak nampak apa2. Aku masa tu budak lagi nakal sikit, aku pegi buka botol tu baru aku campak hahaha..


Korang biasa dengarkan kalau jumpa botol kat laut atau sungai jangan buka, tapi aku tak boleh weii, aku akan buka.. Aku nak rasa feel seram tu. Aku rasa kesian pulak dia duduk kat dalam tu.. 

Kredit: Aedy Ashraf 

Post a Comment

0 Comments