AJL 38 [LIVE] Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu – 3 Mac 2024



Debaran Anugerah Juara Lagu 2024 (AJL 38) kian terasa! 12 peserta bakal bertempur di atas satu pentas yang berprestij untuk merebut satu gelaran yang sama! Siapakah yang bakal membawa gelaran juara untuk tahun ini?

 

AJL38 yang bakal berlangsung awal Mac ini tentunya bakal memeriahkan lagi suasana industri muzik tanah air yang semakin rancak dengan karya dari pelbagai genre.

 

Tonton AJL 38 secara langsung (live streaming) di TV3 atau melalui Tonton.

 

Pengenalan

Anugerah Juara Lagu merupakan sebuah pertandingan muzik tahunan berprestij yang dianjurkan oleh stesen penyiaran TV3 bagi mengangkat karya komposer, penulis lirik dan penyanyi tanah air sejak tahun 1986.

 

Setiap lagu yang dipertandingkan telah melalui pencalonan di program mingguan Muzik-Muzik, seterusnya bertanding di pentas Muzik-Muzik Separuh Akhir dan akhirnya 12 buah lagu terbaik dipilih untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu.

 

Anugerah Juara Lagu 38 akan menobatkan Juara Lagu, Tempat Kedua, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik

 

Senarai Lagu & Finalis AJL 38

Berikut adalah 12 lagu bakal layak ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-38.

 

Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul)

Sutera (Aisha Retno)

Santai (Naqiu [Faizal Tahir])

Inilah Jalannya (Masdo)

Astana (Ernie Zakri)

Darah (Marsha Milan)

Kalam (Shiha Zikir)

Hasrat (Amir Jahari)

Kucuma (Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah)

Bintang (Hael Husaini)

Waktu (Ziana Zain & Hasif Upin)

Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali)

SFMM38 bakal berlangsung pada 3 Mac 2024.

 

Saksikan siaran langsung di TV3 atau strim live HD di Tonton www.tonton.com.my melalui aplikasi Tonton.

 

LIVE Streaming AJL 38 [ Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu 2023 ]


12 lagu diumumkan layak berentap di pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38 yang bakal berlangsung 3 Mac 2024.

 

Acara Karpet Merah dan liputan “backstage” secara strim langsung eksklusif di Tonton bermula jam 8 malam.

 

Strim langsung HD hanya di  sini


Tahniah diucapkan kepada 12 finalis yang berjaya mara ke pentas AJL 38.

 

Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai Anugerah Juara Lagu 38, sila ikuti laman Instagram Muzik Muzik.


Kredit:eCentral

Post a Comment

0 Comments