Seorang wanita maut manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan Perodua Myvi dan treler muatan air kotak di Kilometer 20, Lebuhraya Tengah Utama (CSR) jam 8.15 pagi, hari ini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata wanita yang berada dalam kereta, Noor Habibi Hamid, 55, dari Pantai Dalam, Kuala Lumpur meninggal dunia di tempat kejadian.
"Pemandu kereta, Umar Abdul Azizi, 24, dari Pulau Chondong, Kelantan cedera di kepala manakala penumpang, Nur Amalin Qurratu Aini Naradin, 19, dari Tanah Merah, Kelantan patah lengan kiri.
"Siasatan awal dapati pemandu kereta dari arah Lipis menghala ke Merapoh, gagal mengawal kenderaan menyebabkan berlaku kemalangan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pemandu kereta dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh bahagian tengah sebuah treler yang berhenti di tepi jalan.
0 Comments