Pelawak Ali Puteh memaklumkan hutang saman RM75,000 telah dibayar kepada kakak iparnya, Siti Nurhidayah Mohd Ali pada petang Sabtu.
Dalam hantaran yang
dimuat naik di akaun Instagramnya semalam, Ali turut memohon maaf di atas
kelewatannya membayar hutang itu kerana sibuk menguruskan perniagaan sambalnya.
“Alhamdulillah, selesai melangsaikan hutang balu arwah abang saya, Siti
Nurhidayah Mohd Ali. Saya harap tiada lagi isu berbangkit berkenaan hutang ini
lagi. Saya mengambil ini sebagai pengajaran buat saya dan kita semua.
“Harapnya
selepas ini tiada lagi dakwa-dakwi dan tak nak panjang-panjang lagi (kes
hutang). Saya baru balik dari bank, minta maaflah terlambat sikit hantar
duitnya disebabkan kekangan kerja. Dengan orang order sambal, dengan sambal
dekat dapur tak terkacau.
“Minta maaf
banyaklah kepada keluarga balu arwah abang saya kerana terlewat bayar. Hari ini
baru ada kelapangan, tadi kita pergi bank dan kaunter pula tutup. Jadi kita
terpaksa menggunakan Cash Deposit Machine (CDM).
Video:
Bayar hutang RM72,490
“Jadi ini 27 resit
pembayaran RM72,490 kerana peguam kata balu ada sangkut dengan saya RM3,000 di
awal kes dulu. Jadi, dia (Hidayah) pun faham. RM75,486.48 tolak RM3,000,
maknanya saya perlu bayar RM72,490,” katanya.
Dalam
kesempatan itu juga, Ali mewakili keluarganya memohon maaf kepada semua, malah
turut memaafkan mereka yang pernah melemparkan kata-kata yang tidak
menyenangkan terhadap dirinya dan keluarga.
“Saya mewakili
seluruh ahli keluarga arwah Abam Bocey memohon ampun dan maaf buat semua. Yang
baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.
“Akhir kata, saya
memohon maaf dan memaafkan semua yang pernah berkata-kata pada saya dan
keluarga.
“Datang rumah di waktu petang, datang untuk membayar hutang. Selesai sudah hutang piutang, insha-Allah rezeki pasti datang,” ujarnya.
Kredit: Instagram Ali Puteh
0 Comments