Alif Aziz ditangkap khalwat? Bella Astillah sebak hadir ke pejabat agama




KUALA LUMPUR: Artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah, di sini, hari ini.


Artikel berkaitan: Tiga jam JAWI tunggu, akhirnya Alif Aziz buka pintu rumah milik pelakon wanita


Sumber Harian Metro berkata, tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.


Menurutnya, pasangan selebriti yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama itu ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.


"Ketika pegawai penguatkuasa tiba di kondo berkenaan, mereka disyaki berkhalwat.


"Difahamkan, pelakon lelaki itu sudah beberapa kali dilihat memasuki rumah pelakon wanita itu," katanya.


Untuk rekod, selebriti lelaki ini pernah bercerai dengan isterinya, namun rujuk semula.


Sebelumnya, dia yang juga juara program realiti sudah beberapa kali terpalit kontroversi apabila didakwa curang.


Sementara pelakon wanita yang juga adik kepada seorang selebriti itu juga pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan beberapa artis lelaki.


Namun kehadiran Bella Astilah yang ditemani Adira di pejabat agama pada pukul 2.40 pagi mencetuskan tanda tanya. Laman sosial kecoh mengaitkan Alif Aziz dengan seorang pelakon wanita iaitu Ruhainies. 





Apa-apapun tiada sebarang kenyataan daripada Bella Astillah akan perkara ini. 


Kredit: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments