Amir Jahari imbas zaman susah, sebelum bawa pulang RM100,000

Amir Jahari imbas zaman susah, sebelum bawa pulang RM100,000


Baru-baru ini Amir Jahari telah membuat kejutan  dengan memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 38 melalui lagu ciptaannya sendiri, Hasrat. 


Disebalik kejayaan beliau, terselit pelbagai liku kehidupan yang ditempuhinya sepanjang bergelar anak seni. 


Anak kelahiran asal Sarawak ini, pernah menyertai Akademi Fantasia musim ke 9 namun gagal meneruskan  pertandingan apabila bertahan hanya 3 minggu dalam rancangan nyanyian tersebut. 




Dalam satu video temu bual, Amir Jahari sempat berkongsi suka dan duka sebagai anak seni.  


Menurutnya dia pernah susah bersama dengan isteri dan anak dengan hanya makan nasi bersama kicap selama sebulan. 


Masa tu saya sangat-sangat takde duit, makan nasi dan kicap selama sebulan, pampers anak pun dah habis. Saya fikir saya dah tak boleh bertahan macam ni, i need to do something. Family saya dh tenat ni,  katanya. 


Sambungnya, saya terpaksa keluar busking, saya dapat RM5 je selama tiga jam saya nyanyi. Semakin kita desperate (terdesak), semakin dunia lari dari kita. Lagi-lagi bila kita desperate dan kita lupa Allah, lagi-lagi jauh dunia ni


Tapi alhamdulillah selepas tekanan tu berakhir, saya cuma cukup-cukup makan. Saya pun dah start bayar rumah sewa. Rumah sewa saya tertunggak selama 13 bulan. 

 

Video:


Setelah mengharungi pelbagai tekanan dalam kehidupan untuk mengejar cita-cita sebagai anak seni. Akhirnya Amir Jahari telah berjaya membuktikan bakat nyanyiannya selama ini. 


Beliau telah memenangi AJL dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100 000. 




Semoga kisah ini mampu memberi inspirasi kepada semua yang ketika ini  sedang berusaha mengubah kehidupan ke arah yanf lebih baik. 


Kredit: Amar Jahari

Post a Comment

0 Comments