Baju Melayu 'jarang': pereka fesyen ini sangkal dakwaan rekaan rosakkan nilai budaya Melayu

 


KUALA LUMPUR: Budaya Melayu yang kaya dengan nilai-nilai tradisional dan warisan seni, terus menjadi subjek perbincangan apabila isu pakaian tradisional seperti Baju Melayu menjadi tumpuan.



Baru-baru ini, pemilik Arma Couture, Wan Armatajali Abdul Rahman atau lebih mesra disapa Arma percaya, berasa beliau perlu tampil memberikan penjelasan mengenai dakwaan yang mengatakan bahawa Baju Melayu “see-through” atau jarang merosakkan nilai-nilai budaya Melayu.


Sebagai tokoh dalam industri fesyen tempatan, Arma bukanlah nama yang asing. Pereka fesyen itu dikenali dengan gaya yang inovatif dan mencipta trend yang memberi nafas baru kepada pakaian tradisional.



Baru-baru ini, Arma mempersembahkan koleksi raya terbaharu di Arma Couture @ The Avenoir Luxe Raya Fashion Show dengan menampilkan 30 rekaannya termasuk Baju Melayu, lapor Murai.



Ketika sidang media bersama wartawan, Arma terlihat bersedia sekiranya dikecam disebabkan penggunaan bahan jarang dalam Baju Melayu yang direka olehnya.



Beliau menjelaskan bahawa dalam rekaan Baju Melayu yang mengandungi elemen “see-through”, kesopanan tetap diutamakan, lapor Murai. Arma Rahman memberi penekanan kepada penggunaan samping sebagai satu elemen yang dapat mengekalkan keseimbangan antara inovasi dengan rasa hormat kepada budaya. Samping, menurutnya, bukan hanya sebagai aksesori, tetapi juga sebagai elemen kebudayaan yang menyumbang kepada keanggunan dan keunikan Baju Melayu.



@muraimalaysia WOW! Lain Dari Yang Lain Koleksi BAJU MELAYU Terbaharu Dari Arma Couture Ni...#armarahman #armacouture #bajuraya #lebaran #seksibajumelayu #fyp #fypシ゚viral #armacouture #fypシ゚viral #fypage ♬ bunyi asal - Dailymusicx - Dailymusicx🤘

Post a Comment

0 Comments