Berikutan kes banjir di Sarawak, seorang ibu memuatnaik hantaran di laman sosial meminta pertolongan, berikutan anak-anaknya hampir tenggelam dengan paras air yang semakin meningkat.
Hantaran itu menjadi tular di laman sosial dan memohon pihak berwajib segera memberikan bantuan kepada mangsa yang terlibat. Namun, pihak Pertahanan Awam dengan pantas telah menyelamatkan mangsa anak-anaknya yang tinggal di 13C Taman Malihah.
Mangsa kemudiannya memaklumakn di laman sosial yang dia dan keluarga telah selamat dibawa oleh pihak Anggota Pertahanan Awam yang bertugas.
Mangsa banjir di Sarawak direkodkan seramai 413 orang kini berada di tiga PPS di Sarawak PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 186 orang.
Hujan lebat di selatan Sarawak, dua PPS diaktifkan Sarawak mengaktifkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan 18 mangsa banjir setakat 12.45 tengah hari ini.
Kredit: Faeza
0 Comments