Banyak Ditanam Di Wilayah Terlarang, Ini 6 Jenis Jenama Kurma Israel Perlu Dielak Beli Ketika Ramadan

 


Sudah semakin dekat dengan bulan mulia iaitu bulan Ramadan, pasti ramai umat Islam yang sudah mencari atau membeli kurma untuk dijadikan juadah sampingan ketika bulan tersebut.


Bagaimanapun, umat Islam pasti ramai yang tidak sedar bahawa Israel merupakan pengeksport kurma tersebar dalam dunia.


Boikot kurma keluaran Israel


Ditengah-tengah konflik antara Gaza-Israel, memboikot produk-produk berasal daripada Israel merupakan gerakan yang sangat penting, tambahan pula Israel mengeluarkan arahan untuk mengehadkan rakyat Palestin dari mengguna Masjid Al-Aqsa.



Jenis-jenis kurma berasal daripada Israel

00:00
Copy video url
Play / Pause
Mute / Unmute
Report a problem
Language
Share
Vidverto Player

Difahamkan daripada laporan Palestine Campaign, mereka memberi pesanan bahawa pentingnya kesedaran dalam memilih kurma untuk dibeli bagi menyambut bulan Ramadan.


Antara syarikat pengeksport kurma Israel adalah HadiclaimMehadrinAgrexcoAravaEdom dan MTex.


Ditanam di kawasan larangan


Untuk elak dari membeli kurma milik Zionis, Palestine Campaign memberi beberapa langkah seperti periksa label agar tidak membeli kurma yang dibungkus di Israel atau wilayah Tebing Barat serta periksa label kerana sebahagian besar ditanam di Israel atau wilayah terlarang Israel di tanah Palestin.


Sumber: Palestine Campaign

Post a Comment

0 Comments