Bella tarik diri berlakon bersama Ruhainies

Bella tarik diri berlakon bersama Ruhainies

 


KUALA LUMPUR: Pelakon jelita Bella Astillah menarik diri daripada meneruskan penggambaran drama Terjerat terbitan OrangeTree Production bagi tayangan platform penstriman, iQIYI.


Difahamkan, ia susulan kontroversi membabitkan suaminya, Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies yang ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium mewah, di sini, minggu lalu.


Bella berkata, keputusan dibuat selepas bertemu dengan penerbit drama iaitu Datuk Seri Jaspal, semalam.


"Sebelum keputusan ini dibuat, saya bertemu dengan beliau terlebih dahulu.


"Beliau memahami situasi saya dan menerima keputusan yang saya pilih," katanya.


Dalam pada itu, Bella menerusi hantaran di Instagram berterima kasih kepada pasukan drama itu atas kerjasama yang sudah diberikan.


"Terima kasih Datuk Seri Jaspal. Terima kasih kerana memahami. Panjang umur dan ada rezeki, kita bekerjasama lagi," katanya.


Menerusi drama itu, Bella memegang watak perampas suami (lakonan Fendy Bakry) kepada kakaknya yang dibintangi oleh Ruhainies.

Post a Comment

0 Comments