SEOUL - Pelakon 'Squid Game', O Yeong-su didapati bersalah atas tuduhan salah laku seksual, kata mahkamah tempatan pada Jumaat selepas tertuduh didakwa menyerang seorang wanita pada 2017.
Lelaki berusia 79 tahun itu pada 2022 menjadi warga Korea Selatan pertama memenangi Anugerah Golden Globe untuk pelakon pembantu terbaik dalam satu siri untuk lakonannya sebagai lelaki tua yang kelihatan terdedah dalam filem thriller dystopian Netflix yang mega-hit.
Pelakon itu dijatuhi hukuman penjara lapan bulan, digantung selama dua tahun, kata mahkamah daerah Suwon cawangan Seongnam kepada AFP.
Tertuduh juga diperintahkan untuk menyelesaikan 40 jam kelas mengenai keganasan seksual, tambah mahkamah.
"Rekod mangsa mengenai serangan dan dakwaannya adalah konsisten dan nampaknya kenyataan yang tidak boleh dibuat tanpa benar-benar mengalaminya," kata hakim Jeong Yeon-ju, menurut mahkamah.
O Yeong-su didakwa pada 2022 tanpa ditahan atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita yang tidak dikenal pasti, dalam tempoh dua kali.
Insiden itu berlaku ketika pelakon berkenaan tinggal di kawasan luar bandar untuk persembahan teater pada 2017, di laluan pejalan kaki dan di hadapan kediaman mangsa, menurut mahkamah daerah Suwon.
Squid Game, satu siri yang menggambarkan dunia gelap di mana individu terpinggir dipaksa bersaing dalam versi maut permainan kanak-kanak tradisional, dengan cepat mendapat populariti yang besar di Netflix.
Dalam tempoh kurang daripada empat minggu dari tayangannya pada 2021, ia berjaya menarik 111 juta penonton.
Kejayaan rancangan berkenaan menguatkan pengaruh Korea Selatan yang semakin besar terhadap budaya popular global, berikutan kemasyhuran global yang dimenangi oleh kumpulan K-pop BTS dan filem pemenang Oscar 'Parasite'.
Kredit: Sinar
0 Comments